Saturday, May 7, 2011

Emosi Haiwan Peliharaan.( untuk yang menjaga pets.)


salam dari miss Sushi ♥♥..ha, comel takks? name kittens ni meowmeow, oleh kerana di jantan panggillah die mr meowmeow.Sopan sikit ..hehe...meowmeow ni actually masa miss Sushi ♥♥ jumpa dia baru sebulan lebih gitu.sekarang ni dah dua bulan dah..da besar dah..sebelum ni miss Sushi ♥♥ jaga die luar rumah je, sebab mak miss Sushi ♥♥ tak bagi bawak masukk..tapi sekarang alhamdulillah, motherfather miss Sushi ♥♥ bagi bawak masuk,, so tak adalah rasa serba salah sebab tak bagi dia tempat tidur.=(.meowmeow ni manja sangat, walaupun dia asyik dalam carrier ( nak ajar die berak ), dia tak mengiau pun, cuma kadangkadang maybe tak biasa kott..tapi meowmeow ni manja sangat dengan miss Sushi ♥♥ and adek miss Sushi ♥♥ yang umur 4 tahun tuh.lagipun sebelum ni mak miss Sushi ♥♥ tak bagi jaga sebab adek miss Sushi ♥♥ lelah.Tapi sekarang dah okeyh dah!

macam takde kaitan laks dengan title nih? okeyh, sejaksejak miss Sushi ♥♥ jaga kitten termasuk baby kitten yang mati dulu, miss Sushi ♥♥ sensitif sikit dengan apa yang berkaitan dengan binatang..so malam tadi masa miss Sushi ♥♥ baca majalah Infinity , ada satu artikel yang memikat hati yang mahu miss Sushi ♥♥ share.

Emosi Haiwan Peliharaan.

Memelihara haiwan untuk dijadikan peneman hidup memang menjadi tredn di masa ini.Jika dulu, haiwan peliharaab terdiri daripada haiwan jinak seperti mr meowmeow dan sebagainya.(:
Tapi apakah pernah terlintas di fikiran kita, apa sebenarnya perasaan haiwan ini apabila terkurung sebegitu? Sedangkan, secara ilmiahnya, haiwanhaiwan ini mempunyai habitat tersendiri.

Menurut Dr Felix ( Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia), kehidupan haiwan sebenarnya mempunyai enam ciri persamaan dengan kehidupan manusia.Dalam erti kata lain, apa yang terapat pada haiwan agak sama dengan kehidupan manusia.Enam ciri itu terdiri daripada budaya, mampu membaaca fikiran, pandai menggunakan alat, bersifat moraliti-sifat bertimbang rasa, mempunyai emosi dan terakhir ialah mempunyai personaliti.

Kucing, anjing dan kuda merupakan antara haiwan yang paling senang untuk dipelihara.Terdapat pelbagai cara mereka menzahirkan emosi.Kata Dr Felix, setiap haiwan akan mengeluarkan bunyi yang berbeza ketika ia berasa lapar, sakiy mahu pun hendak mengawan.Kadang kala kita boleh dengar bunyi yang berbeza ketika ia mahu bermanja.
Sebenarnya haiwan juga mempunyai perasaan rindu.Kata Dr Felix,  haiwan peliharaan memang kenal dengan tuannya.Mereka juga ada perasaan sayang.Sebab itulah, seseekor haiwan peliharaan akan memperlihatkan reaksi manja terutamanya apabila tuannya berjauhan daripadanya untuk satu tempoh yang lama.Lazimnya mereka akan mempamerkan kelakuan seperti tidak mahu makan, tidak aktif dan sebgainya.Semua ini adalah tanda untuk memberitahu mereka sedang protes dan merindui tuannya.Jesteru, tidak hairanlah jika haiwan peliharaan yang dibuang cederung untuk pulang semula ke pangkuan tuannya ( meowmeow balik rumah miss Sushi ♥♥ selepas seminggu menghilangkan diri.)

Sumber : Infiniti , Mei 2011.

p/s : Artikel diatas tidak penuh ya, miss Sushi ♥♥ ambil point yang berkaitan dengan miss Sushi ♥♥ saja.Yang memang miss Sushi ♥♥ melaluinya.:)

enjoy.
ends.




No comments: