Wednesday, May 4, 2011

Mengenali ALLAH S.W.T.

salaam.malam tadi sebelum tidur aku sibuk berfikir, nak buat entry apa ya hari ni? lepas tu aku belekbelek buku *Indahnya Hidup Bersyariat, karya Dato' Ismail Kamus*.Sebenarnye sebelum nih memang dah terlintas nak letak entry pasal bahanbahan yang baik dalam buku berkulit tebal ini.Cuma tak taww nak pilih yang mana..

"Kanakkanak diibaratkan sebagai kain putih bersih perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yang bersih."

Kanak kanak seharusnya diajar dan dididik supaya mengenal pencipta dan pentadbir alam ini iaitu ALLAH S.W.T.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui kewujudan ALLAH?

Kita andaikan begini, sekiranya kita melihat sebuah kereta yang sedang meluncur laju, sudah tentu kita percaya dan yakin bahawa ada pemandu yang sedang memandu kereta itu.
Sekiranya tiada pemandu, sudah pasti kereta tersebut tidak akan meluncur dan bergerak dengan di atas jalan raya.
Begitu juga dengan Allah, DIA-lah yang mengerakkan matahari, bulan dan bintang.DIA-lah yang mengantikan malam dan siang serta mencipta semua makhluk di bumi ini.

Rehat Minda 

Pelajar : Ustaz, macam mana kita nak kenal Allah?
Ustaz : Terdapat banyak cara untuk kita mengenal Allah.
Pelajar :Apakah caracaranya?
Ustaz : Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadiankejadian ciptaan-Nya.
Pelajar : Macam mana tu?
Ustaz : Cuba kamu lihat di langit, bagaimanakah ia dicipta dan diangkat ke atas?
Pelajar : Yelah Ustaz, langit berada di atas tanpa ditongkat.Betapa agungnya Allah S.W.T

* fully content from  : Indahnya Hidup Bersyariat, karya Dato' Ismail Kamus *

p/s : awalawal ingat nak letak tajuk Kanak Kanak, tapi saya rasa tajuk nih lebih sesuai.Saya bermula daripada kanak kanak yang harus di ajar dan dipupuk supaya mengenal Allah S.W.T.

No comments: