Sunday, July 24, 2011

Bola Sepak dan Aku.:)

Aku dah minat bola sepak!
Selalunya lelaki jer minat bola kan? Hanya sesetengah wanita je yang minat bola nih.Aku tak minat sebelum ni keyh.Sekarang dah minat tahap gaban! But aku hanya minat pasukan Malaysia saja! Aku hanya concern perlawanan antara Malaysia dan pihak luar bukan sesama negeri.Tak baik gaduh gaduh dalam Malaysia.Hehe..

Sejak bila aku minat bola eh?
Sejak Malaysia lawan Indon hari tu.Bila eh? Tapi masa tulah aku minat.Serius aku rasa bangga sangat tengok kaki kaki pemain Malaysia.hebat dok! Diorang sanggup menyakitkan kaki diorang hanya untuk naikkan Malaysia.Dan sebab perlawanan tulah, Safee Sali ditawarkan masuk Pelita Jaya.Tahniah, kaki besi! Hehe..

Attention.
Aku hanya minat pasukan Malaysia sahaja,Yang mewakili Malaysia.Bukan Chelsea, Arsenal and whatsoever.Apa barang banggakan negara luar? Pasukan luar? Diorang harumkan negara siapa? Negara diorang.Takder der nama Malaysia naik sebab Spain menang ke Brazil menang ke,
"i really thankful to malaysian cz alwayz support us." 
Ada ke ayat ni keluar? Tak de kan? Tak yahlah dok banggakan negara omputih tuh..Korang yer yer beli baju bola, ada diorang nampak? Takde der...Sebab tulah awek korang marah.Bila World Cup jer korang sibuk lepak kedai mamak, minum teh tarik hisap rokok.So please.Tak kacak langsung.

Malaysia vs Singapura.
Permainan serius best!Aku cakap dengan korang Safee Sali memang terbaik.Yang lain pun baik gak.:).Cuma memang kagum betul bila 2 gol dapat tak sampai dua minit jaraknya.Rasa macam bangga betul kita ada pemain macam tuh.Memang hebat! Masa kat sana, Malaysia kalah.Kat Malaysia, Malaysia boleh menang! Sebab pemain Singapura dah tua, kesian diorang.:'(.tapi pemain Malaysia, pemain tempatan + muda muda lagi taw.:)

Malaysia vs Indonesia.
Masa ni aku tak minat lagi tapi aku tengok masa minit minit ke 60.Tak silap akulah.Hehe, masa ni masa Malaysia gol, kedai mamak bawah bukit rumah aku tuh bising betul bersorak boleh sampai rumah aku yang jaraknya 500meter.Jauh gak kan?

Kepada pemain Malaysia.
Walaupun saya tak ingat anda semua kecuali Safee Sali dan Khairul Fahmi, hehe, tapi saya nak cakap awak semua terbaik.Pemain yang hebat kalah David Beckham! Hehe, go Malaysia!

2 comments:

Muiz Ilusinasi said...

haha tu la mnunjuk kan pemain malaysia suda ad pningkatan..^^

miss Sushi ♥♥ said...

@Muiz Ilusinasi betul tuh malaysia berbaik! :)