Friday, July 29, 2011

Kahwin awal.Gatal ker?

 

yeayy..matang tak tajuuk aku? Huhu..oleh kerana minggu lepas aku dah 18, * tepuk sikit *, aku ingin bersikap matang dengan menge-post entry yang matang matang gituh.Haha, matanglah sangat ken ken? Bila umur dah 18 nih, haih pelbagai naluri timbul.Naluri nak bercinta * auww..*, naluri nak kahwin * mk aih, gatalnya!* and naluri nak mempunyai anak sendiri.:)
Eh, Dyh, baru 18 dah fikir benda benda tuh? Mak aih belajar pun tak habis lagi? Mesti itu yang korang fikir kan? Eish, no no no! And hundreds no for your question mark! Keyh?
Sebenarnya perkara perkara ni timbul dalam otak aku sebab pelbagai gejala buruk yang terjadi di zaman sekarang * wahh, hebat bahasa aku! boleh pass esei pengajian am nih! hehe *.Actually  kita sebenarnye tak taw sebenarnya kahwin awal nih banyak bagusnya untuk wanita yang banyak dosa! haha, seperti aku! 
Bila kahwin awal, kita boleh elakkan pembuangan bayi yang merata rata, tak payah nak buat free sex, kahwin jer! Susah sangat ker? Konon konon korang setia, kalau setia kahwin jer! kalau orang tanyaa, kenapa kahwin awal, pregnant ker? korang jawab jer,. kepala otak ko! * eh, jahat sangat nih.*.Sopan sikit cenggini, *eh, mana ada.Saya nak elakkan zina.*.Percayalah cakap aku, confirm dye terdiam! Betullah kan? Die nak cakap apa kalau kita segerakan suruhan ALLAH.Pasal majlis tuh, buat jer kenduri kesyukuran.Cukup syarat.Elakkan umpatan!
Bagi aku yang memang melambak dosa sampai senget bahu nih, memang lebih baik kahwinlah! Bukan ape der, korang taw tak setiap apa yang kita lakukan untuk suami kita yang sah, adalah pahala? Segalanya, even bagi die secawan kopi.Pahala wei! Walaupun wanita ni dikategorikan lemah, tapi bila part pahala, wanita senang dapat senang kena tolak.Yelah, kuat sangat mengumpat.
kesimpulannya, kahwin awal bukan gatal atau kena tangkap or pregnant.Diorang nak elakkan zina.Diorang tak nak jadi insan yang kejam dengan mencaci janin yang lahir tanpa ikatan kemudian campak diorang kat mana mana.Kau dah lah buat zina, lepas tuh dok marah si baby yang tak tau apa apa tuh, lepas tuh cukup hari kau buang! Apa masalah korang? janganlah kejam sangat sampai buang sana sini.Rumah anak yatim melambak.Daripada korang malukan baby tuh, baiklah korang beri baby tu pada rumah rumah kebajikan.Diorang boleh jaga lebih baik daripada seorang ibu yang kejam.

memang sebijik esi pengajian am! siap kesimpulan.Hehe, cikgu nak A+! :).hanya pandangan hati saya saja.:)

klik saya!:)

4 comments:

Yaya said...

nak kahwin mmg bole tp kewangan kene kukuh dulu..si laki mesti ade proper job kalo x takat gaji rm1.5 je nak bg anak org mkn apa...diri sendiri pun tak lepas...

miss Sushi ♥♥ said...

@Yaya ade ker orang gaki rm 1.5 akak?:)

syakey said...

kahwin awal mmg mencegah banyak benda. tapi nk kawen tu pn satu hal, berat tanggunjawabnya.

lgpun,skang banyak pompuan2 tumpu blaja tinggi2 baru la nak kawen. hahah

;D

miss Sushi ♥♥ said...

@syakey btul tu i'm one of them.:).