Saturday, December 3, 2011

Dah tengok Ombak Rindu! Seronok ~~

 
salam, semalam aku ada cakap aku nak tengok Ombak Rindu kann? Yeayy, at last dah tengok, dah menangis, dah ketawa, dah seronok, alhamdulillah, tercapai jugak cita cita aku nak tengok Ombak Rindu dalam minggu pertama.

Dulu masa awal awal aku tahu Ombak Rindu bakal difilemkan, akulah orang paling excited, sibuk dok canang sana sini, Ombak Rindu nak keluar, Ombak Rindu nak keluar.Itu masa tengah bising kisah Lisa Surihani bising pasal aksi ranjang dye tuh, padahal takdelah teranjang sangat, biase jer, itu pun nak bikin gempak ke?
Aksi ranjang Maya Karin dengan Aaron Aziz lagi hebatt, sampai aku terfikir, isteri dy tuh tak jeles ke? Mulalah nak buat gosip hangit nih.Tapi, overall, cerita tuh memang best walaupun terpaksa tunggu selama hampir 8 jam kott, aku rasalah, sebab aku sampai JJ pukul 3 petang, then showtime pukul 7.10, eh macam tak sampai 8 jam jer? #kiresendirieh.
Aku ni banyak berfikir, banyak sangat, ader ramai orang kat blog yang berbentuk private macam tak best kann? But aku rasa setelah banyak berfikir, mana mana bentuk blog pun baguss, tak kesah lah jenis diari ke ape ke, baguss, everything got information, kenape tibetibe aku fikir macam ni, sebab aku teringat ader orang cakap jangan buat blog berbentuk diari, but i think in other way sebab aku dah nampak kepentingan blog diary nih.
Aku amek contoh kakak aku yang duduk kat perlis sekarang, hari tu mata die bengkak kena gigit ape entah, then ayah aku nak taw terukk ke? Kakak aku cakap, tak teruk sangat, tapi bila tengok blog dy, amat teruk, then aku tunjuk kat bapak aku, so do you notice something? Ade baik buruknye blog diary nih, takde hal.Kalau jenis blog pendapat, yang tak habis habis mencaci maki, kritik sana sini, macam die yang terhebatt tuh pun okeyh gak, tengoklah penerimaan orang.
Dari cerita Ombak Rindu, tibe tibe tukar cerita lain, aku memang macam nih.:)