Thursday, February 9, 2012

Manuskrip Tanpa Title 2

BAB 1 ( ii )

Bantal kekabu yang lembut itu diramasnya kuat.Hatinya sakit bagai dihiris sembilu. ‘Adam Adha! Kau menyakitkan hati aku!’ Jerit Arsheena di dalam hati.Riak wajahnya penuh dendam yang membukit.

                “Adha, sanggup kau tinggalkan aku? Kau tak tau apa yang aku boleh buat, beyond you imagination! Huh!” Dengus Arsheena.Sejak Adha meninggalkan Taman Astana dengan deruman enjinnya, Arsheena sudah berhenti menangis.Segalanya hanya lakonan.Sekadar melihat reaksi Adha apabila Arsheena merayu sebegitu rupa.Arsheena Azhar  tidak akan sedih kerana cinta tetapi dia rasa maruahnya tercabar dengan penolakan Adha.Aku bukan wanita yang sangat rendah maruah dan aku bukan hamba cinta.Kalau kau ingat cinta kau yang membukit itu boleh menghangatkan hari aku, harapan lah! Aku bukan wanita yang berbunga-bunga yang bisa melayan hati kau.Aku wanita yang sangat kuat pendirian dan tidak mungkin akan jatuh ke lubuk cinta.Dengan kau, Adha, hanyalah sekadar mengisi ruang kosong di hati kau.I’m your guest, baby!

                Ketawa Arsheena bergolak.Ketukan bertalu-talu di pintu mengejutkannya daripada lamunan dendamnya. “Ya?” Jeritnya.

                “Eena buat apa tu? Aku masuk ya.” Sebaik saja pintu terkuak, muka Dinny kelihatan. “ Kau buat apa? Gelak sorang-sorang ni, rindu siapa? A, B, C or D?” Gurau Ginny sebelum duduk di hadapan Arsheena. “Tak ada apa, I got a plan.But not involving you.”

                “Apa? Cerita lah, oh ya, aku dengar kau dah clash dengan Adha, betul ke?”  Soal Ginny penuh tanda tanya. ‘Eh cepatnya cerita ni tersebar, kalau tidak silap aku, baru petang tadi secara rasminya aku tiada hubungan dengan Adam Adha Malek.’ Memelikkan hati saja.Arsheena mengerutkan wajahnya.

                “Bila kau tau ni?”

                “So, betullah? Aku tau minggu lepas, Farid bagitahu.Kenapa?” Jawab Ginny dengan nada terkejut. ‘Jadi, Adha dah sebarkan berita ini kepada orang lain sebelum aku, so brilliant! Adha, Adha, kau licik, aku lagi licik! Wait and see!’ Bisik Arsheena didalam hati.

                “Ehm, yup! Ginn, aku nak keluar kejap lagi.So nak siap-siap ni.” Halus saja Arsheena mengusir Ginny keluar.Arsheena terus bangun dari katilnya menuju ke almari pakaiannya untuk memadankan baju.Malam ini dia bercadang untuk ke Lemonade Club, di Centre Point.Di situlah tempat dia melepaskan segala masalah dan tekanan.Hari ini Arsheena pergi bukan kerana Adha, tetapi kerana berita yang disampaikan oleh Ginny yang menyakitkan hatinya.Adha sudah mencanang berita sejak seminggu yang lalu, tetapi dia hanya tahu pada hari ini.Dia tuan punya badan lagi lambat tahu daripada orang lain yang menyibuk ini.

                Setengah jam kemudian Arsheena sudah bersedia untuk berseronok.Dengan pakaian yang menjolok mata, dan solekan yang indah, Arsheena mampu menjatuhkan sesiapa saja. “ Hey man, watch out! Queen is coming!” Kata Arsheena ketika bertentang mata dengan refleksi dirinya di cermin.
hewhew..poyo kan?

1 comment:

misskonspirasi said...

leh wat drama nie.. salam kenal dari saya.. budak baru berjinak ngan blog