Thursday, February 9, 2012

Manuskrip Tanpa Title 1

BAB 1 ( i )

“Shut up, Sheena! Janganlah you nak bermuka-muka depan I.I’m totally sick of you! Daripada dulu sampai sekarang, you sibuk kejar jantan lain, you ingat I apa? Tunggul? I nak cakap dengan you, I bukan tunggul dan I bukan bola yang you boleh buang dan tendang sesuka hati! I said already, break off!” Adha berlalu meninggalkan Arsheena yang masih mendiamkan diri dengan wajah bersalah. ‘Argh, Sheena! Kau ingat aku boleh layu lagi? Sorry lah!’ Monolog Adha di dalam hati apabila melihat muka Arsheena yang meminta belas.Wajah begitu bukan meminta belas tetapi menambahkan rasa sakit hati dan sebal di hatinya.

                “Adha, please.Listen to me.Ragoo and I is nothing.We’re just friends.Thats all.Tolonglah bagi I peluang sekali lagi.I promise, I’ll change mine.” Lengan Adha disambar. “Daripada Afzan sampai ke Vince,semuanya nothing, yang mana yang something? I bagi you peluang everytime!But what ? You waste it.Kenapa I nak simpan perempuan yang sudah tiada dalam hati I ? Menyakitkan hati I dan you, so let just break off.” Tangisan Arsheena kedengaran. “Adha, ” Panggil Arsheena sayu.

                “I minta maaf, Sheena.Maybe kita tak ada jodoh.ALLAH dah banyak kali bagi I hint, but I ignore it, sebab I sayang you.But now, after many times you’re hurting me, you are not belong to me.I hope we can remain as a friends.Sheena, bila kita bercinta kita perlukan persetujuan kedua-dua pihak, tapi bila kita memutuskan, cukuplah sekadar satu pihak.I’m sorry.Bye, I got to go.” Tangisan Arsheena semakin kuat kedengaran.Awan hitam turut menemani kesedihan Arsheena dengan cuaca yang mendung.

                Adha mengeluh panjang.Lega hatinya apabila sudah berpisah dengan Arsheena Azhar, wanita yang pernah menjadi tetamu hatinya sejak dua tahun lepas.Berat hatinya untuk membuat keputusan yang begitu drastik dan serius tetapi dia sendiri terpaksa dan dia dipaksa oleh kesombongan dan keegoaan Arsheena.Arsheena sudah sangat melampau! Sejak dua tahun bercinta, sudah lebih lima kali Arsheena selingkuh.Perkara yang paling menyakitkan hatinya ialah kebanyakan kekasih yang dipilih Arsheena untuk menipu adalah lebih tidak kacak dan mempunyai lebih banyak kekurangan daripada dirinya.

                Keputusan ini amat sukar diputuskan kerana Arsheena bukan saja sudah diperkenalkan kepada keluarganya sebagai teman istimewa, malah hampir sesiapa saja mengenali mereka tahu betapa jauhnya hubungan mereka.Kerana perkara inilah yang menyebabkan Adha menahan hati setiap kali Arsheena selingkuh.Bukan Adha tidak pernah menegur, malahan peluang kedua, ketiga dan keempat sudah diberi, namun kali ini hatinya tidak dapat menahan apabila dia sendiri yang terserempak dengan Arsheena dan Ragoo di sebuah kafe sedang bermesra.

                Hati lelaki ini mana yang boleh menjadi seorang lelaki yang cool ketika sangat genting itu? Even lelaki paling macho pun akan rasa nak melepaskan tumbukan bertubi-tubi apabila berhadapan dengan situasi sebegini.Arsheena tidak lah cantik mana, tetapi keayuannya dalam keseksiannya menambahkan aset yang dimilikinya.Suaranya yang lembut apabila berkata-kata, keseksiannya dalam berpakaian mampu menundukkan ribuan lelaki hidung belang.Adam Adha pun bisa kalah!
give ur sweet comments please.:))

No comments: