Tuesday, February 21, 2012

orang tanya aku, meh sini aku jawab.


Assalammualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku me-repair kerosakan blog aku, semalam aku minat tolong, haram, seorang blogger pun tak nak tolong, ehm, tak apalah, aku dah repair dah kecacatan blog aku nih.Tanpa bantuan sesiapa, tapi dengan bantuan tutorial Kemetot dan basecode Leetha.

Syukur syukur, aku dah semakin pandai bermain dengan coding walaupun tidak sehebat anda semua, tapi aku mampu berdiri dan bergantung dengan diri sendiri, syukur sesangat. Tak perlu nak tempah tempah dengan orang kan, buat sendiri je.

Insyaallah, akan akan datang akan menyusul tutorial yang berkaitan dengan blogskin, cuma bagi aku masa untuk study coding blogskin nih.

Ramai adek adek dorm aku ataupun orang sekitar aku yang tidak tahu mengenai blog tanya aku, apa aku dapat dengan blogging? macam mana aku design blog? and so on.Meh sini aku jawab satu satu.

Apa aku dapat dari blogging?
Apa yang aku boleh jawab ialah kepuasan.Awal awal aku signup blog, masa aku form 2 niat aku satu je, nak tulis diari walaupun masa tuh onl kat cc je.Itu je niat aku . No niat nak buat side income sebab masa tuh tataw ape ape.Itu dulu, bila sekarang, niat aku ialah masih lagi menulis, kongsi idea dan kongsi tutorial serta berusaha menjadi blogger yang baik.^^, disamping menjana duit, ahaks.Aku memang tade niat nak join gathering blogger or wtv, sebab mungkin bukan itu keinginan aku, tapi kalau ada peluang apalah salahnya mencuba, ^^

Macam mana aku design blog?
Malas dan rajin.Nak atau tak nak.Thats all, kalau kau rajin, mesti kau akan berusaha nak design blog kan? Kalau malas, tersidailah blog korang, aku start belajar designing guna readyset template, ubah ubah image, tu je aku pandai masa awal awal dulu, lama lama aku makin paham tag tag HTML ni, semakin berani tukar kaler maler dan akhir sekali cuba menggunakan template sendiri melalui washed denim.Alhamdulillah, semuanya berkat menepek depan pc dari maghrib ke subuh, haha, 

its all about usaha dan minat.Bila kita minat, kita berusaha, then terhasillah sesuatu yang mampu dibanggakan.Okeyh adious, members, cer request tutorial? :) 
Terlupa nak khabar, when my followers reach 600, i'll do blog review slot.My very first blog review, so, comment if you interested.:)) 

No comments: