Friday, March 23, 2012

ya Rasulullah :)



Assalammualaikum dearest readers. 

Umur dah 19 tahun, apa yang difikir hanyalah STPM dan study . Takut terkandas seperti mengambil SPM dahulu. Tetapi kadang kadang terkesan juga dihati, bilakah hati ini akan dimiliki? #ayat nak jiwang habis. Maaf ye kengkawan , I’m not talking about hati here. 

Orang selalu cakap cinta agung, Romeo and Juliet,  Jack Dawson and Rose DeWitt Bukater dalam Titanic. No no, *gerak jari sikek. nak minat kisah cinta diorang? Minatlah . Nak agung agung kan? Agungkan lah sebab aku bukan nak cerita pasal diorang.:p 

Semua wanita berdoa akan dikurniakan jodoh yang baik baik, aku tak terkecuali hewheww #gatalkan? Sejak aku mulai belajar sirah Rasulullah, cara kehidupan Rasulullah, dan lain lain, aku mulai berharap agar insan yang memberikan tulang rusuknya kepadaku seorang insan yang memiliku pekerti seperti Rasulullah, tapi tak mungkin kann? Even ade sipi sipi sikap Nabi Muhammad S.A.W pun aku bersyukur. 

Nabi Muhammad S.A.W mempunyai pekerti tersendiri, keperibadian baginda yang begitu meninggalkan kesan kepadaku aku adalah cara baginda bergurau dan percintaan baginda dengan Aisyah. Aku ingat lagi aku pernah baca buku tentang cara baginda bergurau, so suwetttt,  . Aku lupe dengan siapa tapi baginda mengusik salah seorang sahabatnya dengan menutup mata sahabatnya dan mengatakan siapa ingin membeli orang ni? Ya Allah, cara baginda bergurau terlampaulah sweet. Bukan macam orang sekarang, bergurau kasar, kalau takde maki tak sahh! :p 

Aku inginkan sebuah perkahwinan yang mencontohi perkahwinan Rasulullah dan Aisyah. Baginda sangat menyayangi Aisyah, walaupun Aisyah masih muda. Walaupun Aisyah masih kanak kanak ketika dikahwini, tetapi Aisyah pandai cemburu dan cara cemburunya tersangatlah suweetttt.

Kisah kisah dibawah Credit > Here <

KISAH 1 
Satu hari ada sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam masjid untuk bermain perang..lalu Rasulullah bertanya... 
"Wahai Humaira..adakah kamu ingin melihat mereka?" 
"Ya"..jawab Aishah.. 
Maka Rasulullah mendukung Aishah dan berdiri di ambang pintu..dagu Aisyah diletakkan pada bahu Rasulullah..wajah Aishah menempel pada pipi Rasulullah.. 
Setelah agak lama, Rasulullah bertanya.. 
"Adakah kamu merasa puas?" 
"Belum ya Rasul" jawab Aishah... 
Maka Rasulullah kembali mendukung Aishah dan selang beberapa ketika, ya Rasulullah bertanya lagi soalan yang sama..Aisyah masih berikan jawapan yang sama.. 
Sebenarnya Aisyah tidak tertarik dengan permainan kanak-kanak tadi tapi Aisyah hanya ingin agar kaum wanita dan isteri-isteri Rasulullah yang lain tahu akan keadaan dan kedudukan Aisyah di hati Rasulullah... 


KISAH 2 
Diriwayatkan oleh Aisyah sendiri.. 
"Aku tidur si samping Rasulullah..kedua kakiku mengarah ke kiblatnya.Jika Baginda sujud, Baginda menyentuh kakiku..lalu aku menarik kedua kakiku..dan ketika Baginda berdiri aku menjulurkan kakiku kembali.." 


KISAH 3 
Aisyah r.a bercerita.. 
"Waktu itu aku sedang haid..aku minum pada sebuah gelas lalu memberikannya kepada Rasulullah..lalu Baginda segera mengambilnya dan meletakkan mulutnya pada bibir gelas tempat aku meletakkan mulutku dan meminumnya.pada hari lain..aku juga sedang haid..aku mengigit daging pada tulang lalu aku berikan kepada Rasulullah...kemudian Baginda meletakkan mulutnya ditempat aku meletakkan mulutku pada tulang tersebut.." 


KISAH 4 
Aisyah pernah meminta Rasulullah agar berdoa untuk beliau.. 
"Ya Rasul, doakan lah aku" 
Kemudian Rasulullah pun berdoa dengan berkata 
"Ya Allah, ampunkanlah dosa Aisyah, baik dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dosa yang terang mahupun yang tersembunyi.." 
Aisyah ketawa gembira mendengar doa Rasulullah lalu Rasulullah bertanya.. 
"Ya Aisyah, adakah kamu gembira dengan doaku tadi?" 
"Sudah tentu..bagaiman mungkin aku tidak bahagia dengan doamu ya Rasul" jawab Aisyah..


Thanks sebab baca ^^, sambil listening to Kopratasa – Permata Untuk Isteri

No comments: