Saturday, May 26, 2012

un bon ami à moi - *Nuraisyah Rafrizal -



Assalammualaikum. 

Hai awak semua. Malam ni melayan sendu sebentar. Kawan. Apa maksud kawan? Sahabat . Apa maksud sahabat? Ade beza ke, antara kawan dan sahabat? 
Kawan - sekadar kenalan.
Sahabat - yang benar benar rapat.
Ade beza kann? 

Aisyah sangat protect gambar dye dekat fb. So ini yang ada dalam simpanan aku.

Aku kenal Aisyah mase aku lower six, mase tuh aku noob gile, tak kenai sesapa, Aisyah lak mase tuh dah ade kawan, then dye agak sombong sikitlah, so aku fikir, takde rezekilah aku nak kawan dengan dye nih, dye dah ade kawan. so aku remain silent .

Ditakdirkan pula kawan dye tuh pindah politeknik. mase tuh dye sedey gile, then dye cakap aku jangan pindah lak, aku pun fikir aku dengan dye tak rapat, dye kesah ke kalau aku pindah so aku biarkan je.. Dan aku pun mula berkawan dengan dye. Mula ke sana ke sini bersama sama.

Mase lower six Aisyah tak masuk asrama lagi, kiteorang rapat tapi tak serapat sekarang. Aku kawan dengan dye sekejap je, lagi sekejap daripada kawan kawan aku yang dahulu, yang ambil mase bertahun tahun untuk rapat untuk mengenali antara satu sama lain.



Aisyah adalah kawan yang sangat baik. Sampai aku kadang kadang rase aku buli dye, aku aniayai dye. Aisyah ajar aku erti berkawan baik. Aku tak pernah ada kawan baik macam dye. Sumpah. Misalan kan, aku kene jumpa cikgu waktu subjek pengajian perniagaan, buku buku aku semua aku tinggalkan kat makmal bahasa, the ditakdirkan pula perbualan itu berlangsung dengan rancak sehingga tamat waktu PP, Aisyah akan amek buku buku aku, susunkan dan bawak masuk kelas. Korang boleh expect takk? Selama ni aku tak pernah ada kawan macam ni. Sumpah! Aku terkejut mase first time dye buat.

Then start dari hari tu, aku mula belajar sikap dye yang baik sangatt, aku ni hati busuk sikit, so memang tak boleh nak lawan kebaikan dye. Aisyah, kawan aku yang sentiasa menyokong ape pun tindakan aku. Ape pun. Misal kan, mase aku ngah confuse nak amek lima subjek ke empat subjek, Aisyahlah orang yang bersungguh sungguh sokong aku *selain emak aku amek lima sebab dye tau kenapa aku nak amek lima subjek.

Paling aku tersentuh kan, bila dye selalu cakap , “ Dayah, aku masuk asrama sebab kau tau tak. Ko jangan ngengade nak balek lak.” Dye selalu cakap cam ni bile aku kate aku nak balek hujung minggu waktu bukan minggu balek. Tersentuh sangatt. Aku ingatkan dye masuk asrama sebab nak study.

Aku kan blogger? Aku rasa sekarang ni dah ramai kott kawan kawan aku yang sedia maklum akan kewujudan blog aku. Then aku ni boleh dikatakan blogger yang tegar jugaklahh kan? So aku tanak activity blogging aku terlampau obvious kat fb aku, aku buatlah fb baru. Fb khas untuk blogging. Bile aku dah wat, aku risau. Aku risau orang fikir aku budget ke ape ke, tapi Aisyah yang support aku kate ala kalau orang tanye cakap je lah. Jangan risau. Aisyah yang selalu tenangkan aku. Sungguh.

Aku bersyukur sangat bile aku kenal dengan  dye, aku syukur sangat. Aku terlampau bersyukur ALLAH kurniakan aku seorang sahabat yang ikhlas yang sangat baik. Yang sangat memahami aku. Yang sentiasa menyokong aku.

Aisyah, aku rase kaulah kawan aku yang terapat, terbaik. Aku tak pernah ade kawan sebaik kau. Sumpah. Kau terlampau baik * tau tak beg laptop kalau diisi sekali dengan buku sangat beratt? Aisyah bawak kan beg aku ni balek asrama dari tingkat tiga dari blok lain ke tingkat dua blok lain sebab aku lambat keluar kelas. 

Kadang kadangkan aku sampai marah Aisyah, sebab terlampau baik. Aku takut nanti aku terbuli dye.
Ya Allah, kau eratkan hubungan aku dengan sahabatku. Kau kekalkan persahabatan kami sehingga akhirnya.
Nuraisyah Rafrizal, aku sayang kau. Aku sayang my sweet friends. Jangan sesedey. Aku dah promote kau kat sini, so makin ramai lah orang minat kau. Hahha.




2 comments:

Apiq Ting-Tong II said...

hai . menarik cerita awak :) ley x ajrkn saye cane nak letak button like kt bwh setiap entry cam awk buat tu :)

myravea said...

Betul betul betul.

Ada bezanya sahabat dan kawan. :)