Wednesday, October 17, 2012

Hikayat sebuah hdyhdyh *Biografi blog shayeee.





Nama aku hdyhdyh.blogspot.com. Aku dibina dibawah nama blogger.com. Tuan aku mencipta aku pada tahun 2011 bulan April. Nama tuan aku Nurul Hidayah. Dulu dia amat menyayangi aku. Setiap hari dia cuba menghias diri ku, walaupun ketika itu dia masih terkedek kedek.

Walaupun begitu tuan aku sangat berusaha, sehinggalah tuan aku mampu mengedit aku sendiri tanpa bantuan sesiapa. Tuan aku banyak belajar dari pentuto pentuto hebatt, seperti HannaFauzan, Wan Hazel dan lain lain. Tuan aku juga selalu berusaha menambahkan follower aku, cuba menghasilkan entry entry yang baik walaupun kebanyakannya dibuang sepi, dipandang enteng.

Setahun , tuan aku berusaha untuk aku. Berusaha menjadi yang terbaik. Berusaha, dan berusaha sehinggalah tuan aku pandai guna PS . Sehinggalah tuan aku menghasilkan pelbagai freebies , untuk diguna pakai oleh semua orang . Dan tuan aku mula berpuas hati apabila follower aku semakin meningkat.

Setahun berlalu, tuan aku mula menghindarkan dirinya daripada aku. Kenapa? Aku mula rasa dipinggirkan. Aku mula sedih. Walaupun tuan aku sering menghasilkan freebies , tetapi hampir setengah tahun follower aku tak meningkat. Mengapa ? Tuan aku dah mula lupakan aku. Tuan aku sudah tidak update. Tuan aku mula meringkaskan pakaian aku. Tuan aku mula menghapuskan aku. Tuan dah lupakan aku. Tuan aku dah lupa dulu aku yang dicarinya , ketika dia gembira, ketika dia sedih.

Aku yang mendengar luahan hatinya. Aku . Sangat sedih. Tuan aku, lupakah kau dulu kau sangat excited apabila membuka aku ? Lupakah kau dulu ketika kau tak reti buat apa apa, kau gunakan ready made template, kau hias aku dengan pakaian orang, aku tak pernah mengeluh. Sehinggalah kau buat jenama untuk aku sendiri.

Aku gembira, kerana kini kau dah mula jumpa kekasih baru, Twitter ! Pergilah kau, dengan twitter kau. Diari baru kau, kawan baru kau. Tinggalkan aku berhabuk begini. Pergilahhhh.

The end, yang benar, hdyhdyh.blogspot.com



2 comments:

akuanakpahang said...

Salam drp kami : http://akuanakpahang.blogspot.com/

Mrs Boboyot said...

bagai kacang lupakan kulit che!!!!