Saturday, February 16, 2013

A letter for Nurul Hidayah .


Assalammualaikum.

Jangan fikir hati kau je yang sakit  , Dayah.  Sesekali kau fikirlah hati hati yang kau dah sakitkan. Pernah tak kau tak terfikir yang diorang lagi sakit hati dengan sikap kau dari kau sakit hati dengan diorang ? Fikir lah . Dunia ni bulat. Masa kau suka suka dulu , masa kau gembira gembira dulu , pernah kau fikir pasal orang lain? Pernah ? mungkin ada hati yang sakit masa tu, kau tak tau , Dayah .

Sekarang bila kau mula sakit hati , baru kau terfikir pasal orang lain ? baru rasa macam ini kah dunia ? kenapa semua orang begini ? kenapa semua orang seperti tak adil ? Baru kau rasa perasaan orang lain ? Kadang kadang orang sengaja buat macam tu , ya sekadar untuk ingatkan kau , kau dulu sakitkan hati orang , sekarang ?

Dayah, belajar . Belajar untuk redha , belajar untuk rela , belajar untuk pasrah , belajar untuk melepaskan. Belajar Dayah, susah ke ? Belajar terima orang yang sudi terima kau , bukan terus kejar orang yang kau suka dan nak. Tak semestinya orang yang kau suka tu , suka kau balik . Carilah mereka yang sudi menerima kau. Ikhlas kan hati kau , bersihkan hati kau , sayang.

Hati kau penuh dengan hasad. Tidak boleh menerima kelebihan orang lain , tapi kenapa orang lain boleh terima kau? Malah mereka ikhlas  , malah mereka tidak mengutuk kau . Mereka lebih cantik , lebih rupawan. Kenapa diorang sudi terima kau ? Nurul Hidayah , belajar untuk  ikhlas . Belajar untuk terima keadaan semasa . Cuba Dayah. Susah ? Dugaan kau sikit je.

Nurul Hidayah , aku kenal kau. Aku tau sikap kau. Panas baran , kuat cemburu , kuat dengki , tapi belajar , learn how to changes yourself. At least , kau tau kelemahan kau. 

Honest from your innerself , Ati.


No comments: