Wednesday, February 20, 2013

Imma 20 now. Maturedddd .


Assalammualaikum peoples all around the world *lambai tangan*

Lamanya tak update my current life. Sebulan sekali barulah nak post , cubalah kalau dulu , masa zaman gilang gemilang dalam blogging, kalau boleh hari hari nak update, kalau boleh hari hari nak tukar design , ahh  , kalau boleh hari hari nak buat segala galanya. Haha, itu zaman dulu. Zaman minda masih penuh warna warni , zaman minda masih keanak-anakkan.

Sekarang aku bukan lagi dalam zaman warna warni , zaman budak sekolah. Sekarang zaman aku dah berubah, sudah menuju ke arah negara bangsa yang penuh jati, puih lah kau Dayah , kau nyanyi lagu negaraku pun tak khusyuk , tak payah nak negara bangsa sangatlah der.  Ini semua anasir jahat , jangan terpengaruh , aku masih yang dahulu.

Aku masih yang dahulu ? Haha , I never be the same , dude. Yes , aku rasa aku dah banyak berubah. Bukan berubah tingkah laku, perubahan dalam sudut pandangan , persepsi , mind set , dan segala galanya. Tengok tengok , aku menaip pun penuh kedewasaan kan ? Aku dah dewasa. Aku dah tinggalkan zaman belasan tahun , aku dah tinggalkan sekolah , aku dah tinggalkan buku, aku dah tinggalkan segala galanya.

Sekarang aku cuba mengejar , cuba mengejar cita cita , cuba mengejar impian , cuba memenuhi keinginan , cuba memenuhi apa yang tak pernah aku peroleh sebelum ni. Aku cuba dengan kaki aku sendiri , aku cuba dengan titik peluh aku sendiri , aku cuba sendiri. Segala apa yang aku dapat hari ni , semua usaha aku. Orang mungkin lihat , ala Dayah tu baru tahun lepas tukar handphone , tahun ni tukar lagi. Pernah tak kau tahu betapa perit aku nak peroleh apa yang aku ada sekarang  ? Jangan pandai berkata kata , aku tidak sekaya yang disangka . Apa yang aku dapat , apa yang aku ada , semua duit aku sendiri. Aku kumpul duit belanja , setiap bulan aku sekat perut aku . Kau tahu ? Tidak .

Inilah dunia . Inilah dunia yang sebenar , yang kau tidak boleh lihat kelebihan orang lain , yang kau nak kau lebih dari orang lain. Usaha , jangan pandai meminta. Kau tahu tak mak ayah kau membanting tulang empat kerat nak kerja suap mulut korang ? Dan kau pandai pandai mintak itu ini , kenapa mak ayah kau bagi ? Sebab diorang sayang kau . Tapi kau ? Conteng arang , letak marker kat muka maka ayah kau . Eh ?

Nampaknya jauh menyimpang sudah isi kandungan karangan kita. Rasa rasanya aku nak tulis pasal benda lain tadi, tiba tiba tersesat ke arah susur galur hidupku yang sadis. Cehh ,ayat aku tak menahan sekarang eh ? Terook benar perangaii. Well , peoples aku nak start aktif blogging balek. Aku post entry pasal diri aku , pasal life aku , kau tanak baca, kesah pulak aku ? Blablablaaaa.

imma 20. imma growing up. yes , i love you.





No comments: