Wednesday, July 17, 2013

Impian aku .


Kau nak tau apa impian aku ?

Impian aku banyak . Kadang kadang tak terjangkau dek akal .

Salah satu .. aku nak cakap ya untuk setiap apa yang mak , abah dan adik adik aku nak .

Ya , mungkin duit bukan segalanya . Tapi itulah impian aku sejak aku mula berkerja .

Aku nak cakap ...

Ya , mummy , nanti ati belikan .

Ya , kakak , nak sekarang ke ? nak warna apa ?

Ya kael , ael nak mainan yang mana ? besar ke kecik ?

Ya abah , jom kita makan sana.

Itu impian aku . Aku tanak adik adik aku membesar dengan nafsu yang tersekat .

Selagi ada wang , selagi ada kudrat , aku akan usahakan , untuk diorang .

Mungkin sekarang , aku hanya mampu bagi yang biasa biasa .

Sabar , aku akan cuba ubah hidup famili aku .Insyaallah .


Sebenarnya tak salah para artis post gambar gambar macam ni . Mereka pun manusia biasa .Mereka public figure , selain dari melakonkan watak , mereka juga ada tanggungjawab menunjukkan nilai ihsaniah , eceh . 

Sebenarnya , kerana gambar yang cantik ni lah , aku rasa ruginya tak terawih . Setahun sebulan je , tak tau tahun depan dapat ke tak . Walaupun tak mampu berjemaah , sebab kerja , sendirian pun bagus . 

Bye toodles .Happy terawih , happy fasting 

1 comment:

kak yah said...

Insaya'allah dik. Kak Yah doakan impian adik tercapai. Jangan pernah berhenti untuk bermimpi kerana ia percuma. Anda kaya dan berjaya!