Tuesday, October 15, 2013

Friendship

instagram : chiakihidayah

Eh hai .

Assalammualaikum . Hai uolls . 

Salam Aidil Adha , peeps . So dah makan ? Mak , makcik , sepupu sepapat masak apa ? Mak kita masak nasi beriyani jeww . Tulis jeww bukan sebab tak suka , tapi memang diri ni tak berapa gemar makanan berempah . Hiks .

Aku ada topik nak issue kan , tapi obviously dah lupalah , typing ni manalah tau kot kot sat gi terkeluar idea tu kan ? Dingg ~~~

Aku ni kan jenis yang susah , sangat susah nak rapat dengan orang . Susah ni , sampai takes 4-5 months untuk betul betul rapat dan boleh masuk . Sebab tu aku ni susah ada kawan , lepas tu aki ni pattern yang bagai lembu di cucuk hidung . Apa kawan buat , aku buat . Apa dia tak suka , aku pun tak suka . Ha , gitu .

Masa aku form 1 , form 2 , aku adalah rapat dengan sorang dua kawan ni  , punyalah rapat dan suka kawan dengan dia sampai tanak orang lain dekat dengan dia , biar dia stick dengan kita je , lepas tu rupanya kawan aku tu tikam belakang dan kawan dengan aku terpaksa . Aku pun cem give up nak kawan rapat dengan sesiapa , takut satu hal , malas satu hal pulak . Payah .

Dah form 4 dan form 5 , aku tukar kelas , dari lowest grade , pergi ke highest grade , so persekitaran pun dah berubah , aku jadi forever alone , bukan tak de orang nak kawan dengan aku , cuma aku ni lah , susah nak terima orang , lagi lagi semua tu orang pandai ,memang taklah aku nak ke diorang , i always have this of thoughts "diorang nak ke kawan dengan aku ? aku bodoh , diorang pandai" "diorang nak ke kawan dengan aku ? diorang cantik , aku gemuk , tak cantik " Sort of .

Lepas tu , masa form 4 , aku tukar kelas , dari Sains 1 ke Sains 2 , sebab yelah , asik dapat lowest grade kan , turunlah kelas T.T . Sedih bunyik nya kan  ? Masuk lak kelas Sains 2 ni , kebanyakannya budak hot dan up je , lagilah aku susah nak kawan . How ?! How ?! So , I choose to be alone , dan biar orang yang start borak dan cakap dengan aku . 

Sincerely , I used to be so loud in my form 1 and form 2 . But tak taulah , masuk form 3 aku terus jadi macam pendiam , terus jadi macam lembu , ikut je orang , follow je orang , sampailah ke form 5 :') 

Tapi dah form 5 , macam dah okay sikitlah , dah ada geng , dah ada kawan , tapi still tak boleh cope dengan kebanyakan orang , HAHA . How hard I am . 

Masuk ke form 6 , aku macam biar ! Lantaq pi orang nak cakap apa . Aku nak jadi diri sendiri . Malas nak mengikut , malas nak mendengar , sampai aku rasa taknak buat kerja sekolah pun ,aku buat bodoh je . LANTAK . Aku jenis tak suka memaksa , kalau orang tu dah tunjuk ura ura dia tak selesa atau tak suka dengan kita , kenapa kita nak menghimpit dia kan ? So , masa awal awal aku masuk form 6 , aku try ahh duduk dengan sorang perempuan melayu ni , lepas tu dia cem tanak kawan dengan aku , so aku pun macam , OKAY !

Since then , aku sorang sorang je , kalau aku tengok kawan melayu aku dah ada partner dia , aku memang takkanlah nak menyempit kan ? Aku duduk sorang sorang je , okay what .Makan sorang sorang , mandi sorang sorang , rehat pun sorang sorang . Okay je hidup sorang sorang ni , tak mati .

Tapi dah nama nya manusia kan , bila masa kita sorang sorang , kita cuba kawan dengan dia , kemain dia mengelak , tapi bila orang lain kawan dengan aku , tau lak nak rapat dengan aku pulok ? Haih , pening cheqq pikiaq . Okay dah , takyah fikir . Dah upper form 6 , barulah aku really cope with everyone , cuma kawan chinese aku really hard to handle dow . Urgh , terlampau bising orang tak suka k . But whos care ?!

Okay dah masuk arena pekerjaan , hah kau , arena pekerjaan gitu .

Aku kerja kat 7 Eleven almost 3 months , oh okay , senior kau semua lebih tua , lepas tu dah rapat dengan bos , lepas tu kerja dah lama , hah lepas tu , kau rasa aku cemne ? As usual , pendiam ahh . Seriously , susahnya nak cope dengan orang lama dan senior . Sedih habis , aku berhenti kerja pun sebab tak selesa :")

Kerja Cosway , masuk bulan ni dah almost 6 bulan . Sincerely saying , bulan 4 , 5 , 6 aku duduk dalam kedai je . Mana kawan dengan orang sekitar aku , keluar kedai bila nak gi toilet , gi solat and etc . Memang tak bergaul langsung , orang ajak borak pun aku malas nak layan . Hewhewhew , kiranya staff yang baik lah ni . Duk dalam kedai je , hihi .

Tapi dah masuk bulan 7 , aku ada kawan dengan sorang adik ni . Pergh , adik ni punyalah menganggu ketenteraman aku sampaikan aku nak online pun susah nya , ya Allah . HAHAHA . Since then lah , I start ti be myself back , really my inner self , whos loud , laugh at small things , laugh really hard , I'm a happy kid . 

Dah masuk bulan 10 ni , I'm really happy , dengan kawan kawan yang biasa biasa je , ketawa at our own jokes , usik mengusik antara kami je , asal ahh happy sangat ni ?? Rasa nak nangis pulak bila umur dah 20 baru gelak tanpa kisah orang lain , borak macam dunia ni kita yang punya . 

I love everyone in my life whos make me stronger day by day ♥


1 comment:

duniapemasaranonline said...

hidayah...salam pekenalan..