Wednesday, October 8, 2014

masuknya waktu solat.


Assalammualaikummm .

Hai eberiwannn . Salam minggu final ya adik adik semua . HAHA , sebab hakak ni pun sedang berfinal satu paper je . Ok , aku sebenarnya ada something nak share , something yang aku buat dan aku rasa I should post this ! Aku ada insta , twitter , facebook tapi aku ada sikap yang tak suka post daily life . Aku tak suka promote social network aku . So my like in insta , facebook and tak byk retweet and fav in twitter are due to this. 

Oke , so I choose blogging as my public medium . Ini pun , takde aku promote kat group group blog ke , blogwalking ke apa ke , entahlah aku rasa macam buat apa nak promote sana sini, I have my own followers , ini untuk diorg bacalah kan . Dulu zaman baru belajar memang lahhhh sana sini . Hahaa, sekarang dah boring kot . Huhu.

Ok , bukan itu yang saya nak perkatakan sebenarnya . Solat , adalah kewajipan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni kan . Aku ni pun masih ada compang camping nya lagi, sekadar melakukan yang wajib tapi tu pun masih tak sempurna. Dan bukan tu juga saya nak cerita.

Subuh , pukul 6 pagi. Zohor, pukul 1lebih tengahari. Asar, pukul 4lebih petang. Maghrib, pukul 7lebih petang. Isyak , pukul 8lebih malam.

Waktu waktu masuk waktu secara rawak di Malaysia. Sejak asrama, which is masa form 6, aku selalu guna waktu solat untuk membahagikan kerja. Haa, tak faham kan . Sampai sekarang pun , aku masih guna waktu solat untuk menyudahkan apa pun tugasan. Bagi aku , masuknya waktu solat bukan sekadar solat dan berdoa . Allah Itu Maha Besar . 

Aku selalu buat macam ni , contohlah sekarang pukul 1ptg. Aku akan tunggu solat dan belajar sampai masuk Asar . Oke dah cukup 2 jam kan ? Lepas Asar pulak , kita siapkan keperluan harian , mandi , basuh baju , sidai baju, rehat , makan , masak semua , sampailah ke maghrib. Dah masuk maghrib , solat lepas tu prepare utk esok punya aktiviti pulak , sebab aku jenis mesti belajar lepas isyak . So aku tak rasa hutang apa apa dengan Allah , lepas tu rasa aman sikitlah kan , da jalankan kewajipan , baru langsungkan tanggungjawab. 

Kan aku kata ini sharing aku . Jadi bagi aku , masuknya waktu solat bukan hanya solat dan beribadah . Allah itu Maha Besar. Aku suka aturan aku macam ni, aku rasa lebih tersusun dan teratur . Ingat ya adik adik semua , kakak kakak sekalian, utamakan solat tu walau dimana pun awak berada sebelum melakukan amalan sunat (zikir, ngaji, baca buku ilmu etc). Sebab sesetengah orang entah kat mana dia belajar , aku dah zikir , aku dah ngaji , dah okaylah tu.Even tak solat penuh pun , tiga waktu jadilah. 

"Sesungguhnya yang pertama difardukan oleh Allah atas manusia dari agama mereka ialah sembahyang dan yang pertama pula dihisab dengannya ialah sembahyang juga. Dan Allah berkata: Periksalah sembahyang hambaKu ini, maka jika sembahyangnya sempurna tuliskan sempurna, dan jika kurang, berkatalah Allah S.W.T : Adakah hambaKu itu melakukan sembahyang tathawuk (sembahyang sunat) , kalau ada sempurnalah sembahyang yang fardu itu kerana sembahyang sunatnya itu.
Pernah dgr pasal istidraj? – nanti aku dah research , confident yakin , aku post . Hee

Nota kaki: Jika satu hari nanti aku melakukan dosa yang amat besar, jika satu hari aku berubah dari apa yang aku post , jangan hina aku . Kadang kadang aku takut aku berubah dr apa yang pernah aku cakap . 

1 comment:

Junaida Watie said...

bagus dik...alhamdulillah. Moga2 kita semua sentiasa meletakkan solat ditangga pertama untuk didahulukan..ameen :)