Wednesday, October 29, 2014

Silap silap kecil dan besar dalam misi menurunkan berat badan.


Assalammualaikum . Salam cuti semester yang nak habis.



Hai uolls. Korang tahu kan pemilik nama chiakihidayah ni berisi orang nya? Gemuk orangnya ? Obesiti orangnyaa? Saja nak share macam mana aku boleh gemuk dan tiba tiba mendadak membelon sampai sekarang.

Aku start puberty darjah 5. Budak budak kan, apalah dia kisah sangat pasal badan… bila aku fikir fikir ya Allah lamanya aku dok berzikir nak kurus ni, rasanya macam dari form1 , tapi tak pernah sekali pun berjaya. Berjayalah sekali dua , satu dua kg gitu. Ha lepas tu stop, jenis manusia yang buat kerja separuh jalan, ya sayalah tu.

Aku pernah makan herbalife ( upper 6 ) , pernah control makan , sekat makan itu ini. Aku pernah punya nak turunkan berat badan, aku beli fitness cereal dgn yogurt, then aku expect aku boleh turun waktu tu jugak. Fitness cereal yang 14 hari tu . Tu dah satu kesilapan. Banyak sebenarnya . Sampai tak teringat.

Sekarang ni aku dalam losing weight journey again. HAHAHAHAHA, dan the most sad thing is aku dah start loosing motivation. Dalam anything ko buat, kalau ko dah start loosing motivation, you’re sucks. Like seriously. Whenever ko ada freetime, maksudnya waktu belajar ke , penganggur ke, manfaatkanlah . Once ko dah start kerja , ko dah takde masa nak ke gym ke nak bercardio ke apa ke. Lainlah ko kerje office hour. Sebab aku dah bercardio about a week gitu, lepas tu aku kerja kat F1 , dua hari , balik kerja dah penat . Bila penat , ko nak exercise pun ya Allah macam katil tu menggoda ya Rabbi.

Antara silap biasa dlm misi menurunkan berat badan :

·         Tak makan – konon tak makan , tapi sekali dah makan macam monster baru lepas kena bebas.  Tak makan , takkan kuruskan kau. Ini khas untuk adiks adiks remaja yang konon nak kurus ( sbb budak sekolah je buat tabiat tak makan ni )
·         Skip breakfast – Pernah dengar quote “eat breakfast like a king and dinner like a pauper” ? Makan sebanyak-banyaknya masa sarapan pagi. Sebab sarapan pagi tu akan generate power badan ko utk dalam masa sehari.  Sebanyak banyaknya tu bukanlah habis satu peti ais ko kedarah, dua keeping roti, dua biji telur, cheese , susu , ayam keping sayur ke apa ke . Moderate ya.
·         Makan bila perlu – Satu hari kena makan 5x sehari. Untuk tingkatkan metabolism badan. Melalui peningkatan metabolism korang akan sikit sikit loose weight , melalui air kencing dan nyahtinja. Later on aku akan up entry pasal type of nyahtinja.
·         Tak minum air kosong – Ko tak tau betapa hebatnya kuasa air kosong ni… aku pernah tak berak satu hari, sebab malas nak minum air , to be accurate malam nak togak , lepas tu malas nak terkincin kincin. Tapi aku selalunya akan insaf , malam tu masa tengok Running Man aku togak lah sikit sikit sampai habis botol 2liter herbalife tuh, tak lama lepas tu boooo beraklah. HAHAHA.


Okayy . Yang ni common mistakes yang banyak anak dara kat Malaysia ni buat. It may works to you , tapi awak tau tak kesannya akan datang ? Aku pernah amalkan diet atkins , lepas aku survey yang atkins ni boleh sebabkan sakit buah pinggang sebab terlampau banyak protein dan sedikit karbohidrat dlm badan , terus aku stop ( not scientifically ). Awak nak sihat ke nak kurus yang hanya sekarang ? 

Sejak tu even aku tak kurus kurus lagi, tapi aku ada ilmu dalam nak turunkan berat badan ni.  Sebab banyaknya silap aku , sebab tu aku tak turun turun lagi berat badan . Antaranya konon makan satu kali je sehari , sarapan, itupun mee goreng telur mata , setiap hari. Dan aku tanya dgn diri aku knp aku tak kurus kurus lagi ? Lepas tu aku konon makan nasi satu hari je, tapi dia punya membukit, dan aku pertikaikan kenapa aku tak kurus kurus lagi ..

Sudah terang dan nyata lagi bersuluh, mee goreng tu minyak , dan mee tu ada perasa dan pewarna. Ha , ada satu lagi , aku makan oat cookies dan almond sepanjang hari. Dalam tempoh satu minggu . Nampak tak bodohnya aku.. makan yang sikit tak boleh bakar lemak yang dah bertahun ni.

Kalau awak buat semua benda kat atas ni, awak pun sama bengong macam saya . Hihi

Sekarang ni aku sedang cuba cara yang lain untuk turunkan berat badan. Its work . Selepas bertahun cari cara diet yang kena dengan saya , saya jumpa jugak . Ada orang tak makan nasi 3 bulan kurus dah, aku pernah 3 bulan tak makan nasi. Tak kurus pun . Ada orang eat clean , cepat je kurus. Ada orang itu, ada orang ini, setiap badan berlainan cara dia. Aku tak kena dengan atkins , tak makan nasi or wtv.

Aku start buat cardio. Aku start workout.

Kenapa aku pilih cardio ? Sebab I need something refreshing. Aku tak nak badan aku lembam , sentiasa penat , asyik tidur . Aku nak kehidupan yang energetic, busy , lively in better way. Lama jugak aku try nak buat cardio as one of the routine. Sebab penat dan letihkan , tapi kalau ko tak paksa diri ko siapa lagi ? I wanna be his best girlfriends. So he wont regret. Miehehe.

Bila benda yang penat dan letih ni , ko nak buat pun bercinta. Aku ni dah 4 hari tak workout, aku dah in bad state. Not good . So since semalam badan aku dah lembam , penat dan letih padahal tak buat apa pun . Sebab in many years , I choose to sleep over everything. Padahal dalam masa 4jam tidur siang tu boleh lipat kain , workout semua. Tapi aku pilih tidur. Bad girl ruru .

Okbye. Nanti saya nak update type op poops. Muah ciked.
Thanks for reading J

  
Dont hate yourself for being fat . Love yourself and live healthy. Well, its the main purpose . Being healthy .



2 comments:

Nana said...

nice story dear..

Wardah Aina said...

chaiyok dear!
maybe entri sy ni dpt membantu misi kurus anda
http://www.shaina-shop.net/2014/11/10-tips-mudah-berdiet-dengan-betul-dan-kurus-serta-langsing-dengan-cepat.html