Thursday, July 23, 2015

Kekal ke hubungan yang berlandaskan , teman wanita garang dan queen control ni ?


Assalammualaikum semua orang ! Ini personal view aku . U can just drop any comments !

Kekal ke hubungan yang berlandaskan , teman wanita garang dan queen control ni ? Ya tau , awak sayang , taknak boyfriend awak cari lain , tapi persoalannya kekal ke ?
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita …….” – surah al-Nisa’ ayat 34.
Aku bukak topic ini dengan ayat di atas. Bukan alim , tapi bila kita discuss atau up something , please based on something , jangan menonong , you look stupid ok . Aku pernah ada kawan yang bila lepak , ajak girlfriend , padahal dgn kawan lelaki . Ya takut kawan boyfriend ko ajak boyfriend ko gi ngorat perempuan lain agaknya . Mungkinlah , sangat tinggi perasaan insecure dia.

Bila dah nikah , kuasa lelaki sebagai pelindung adalah mutlak . Sebagai seorang isteri , ko gi mana pun ko kena inform , nak elakkan fitnah . Walaupun pergi kedai depan rumah  , beli teh ais . Sat gi ada orang lain nampak kau borak dengan lelaki lain , jadi fitnah . Mulut orang bukan boleh tutup . Tapi aku bukan nak cakap pasal selepas nikah , aku pun belum nikah , jadi belum berhak nak cakap pape .

Aku yakin sangat , lelaki yang dikongkong ni akan ada timbul perasaan tak puas hati , bila dikongkong , tak boleh gi sana , tak boleh gi sini , tak boleh berkawan , hanya sebab girlfriend ko tak bagi. Assalammualaikum , dah jadi bini ke , eh isteri ke ? Macam belum . jadi apa je hak sang girlfriend ? Lelaki yang dikongkong , dan di kawal ni selalunya ada tendency utk memberontak . Maka , jadilah ada orang ketiga !

Kau nak salahkan orang ketiga ke ? Kenapa ? Kalau sebelum kahwin pun, ko tak menunjukkan sikap yang baik ( ya tau , lepas kahwin boleh je berubah , skrg ni kita cerita sebelum kahwin ), mcm mana boyfriend ko nak menjadikan yang halal ? Kalau dengan boyfriend ko pun , ko garang nak mampus , nanti dgn anak anak mcm mana ? Adakah anak akan dibesarkan dgn environment sang ayah takut dgn isteri ? Itu ke yang patut kita tunjuk kpd anak anak ? Anak anak adalah cerminan ibu bapa .

Bila lelaki yang selingkuh secara sembunyi ni selalunya , dia sunyi , bosan , dan girlfriend tak menceriakan hari hari nya . Ya macam mana nak ceriakan , klu “bee nak gi uptown dgn kawan ni , ala lelaki lah.” “Syg nak ikut .” Dimana privasi boyfriend ko sebagai seorang lelaki ? Seorang lelaki bujang ? Perlu ke semua tempat boyfriend ko pergi , dgn lelaki kau nak ikut ? Kalau dengan perempuan ,ya aku faham . Tapi dgn lelaki , aku tak bisa ngerti.

Hati hati ya , yang wanita ke lelaki ke , kalau current bf/gf ko garang tak bertempat dan control , the one yang selingkuh akan mudah ambil hati orang yang sunyi dan terluka .

Walaupun korang bercinta , kebebasan pasangan tak perlu terlampau di halang . Ya tau sayang , give him/her space , diorang juga perlu masa utk diri sendiri , kawan kawan , social . Bukan dok melekat dgn ko je ! Respect each other puhleash . Sebab bagi aku , bercinta bercinta jugak , nak control lebih lebih tak payahlah , belum halal pun . Selagi belum halal , ko dgn bf/gf ada je potensi utk clash , ko ingat Allah redha tentang bercinta ni ? Unless tunang .

Hubungan yang Allah takrif , bertunang dan bernikah . Bercinta , tak ada . Itu dah kategori , hubungan yang haram , sebab dalam proses perkahwinan dalam Islam , takde peringkat bercinta. Yang ada , merisik , bertunang dan bernikah . Tiga phase yang Allah cakap dalam Al Quran . Soon , aku akan try cerita psl tiga phase . Bye toodles  
p/s : entry ni takada gambar sebab malas . i open for any discussion on this topic 


No comments: