Assalammualaikum !
Hai , aku mmg tak into sangat cerita melayu ni . Sebab nya ,
cerita melayu ni asyiklah kahwin paksa , duduk serumah , org gaji lah merepek
lah, mengandung anak luar nikahlah.. aku macam , macam mana cerita melayu nak
keluar dari circle MALAYSIA SAHAJA , kalau tema dia ... ehm , ni ke Malaysia , negara
Islam ? Filem yang banyak tema anak luar nikah ? Filem menggambarkan negara .
Tapi hari tu , aku scroll twitter . Masa tu aku tak macam
cerita melayu , tipikal lah tu. Aaron Aziz retweet feedback Cinta Paling Agung
( CPA ) . Aku ingatkan CPA ni common cerita melayu je , lepas tu masa aku
tengok tv hari tu , ternampak iklan dia . Iklan dia ada sebut sebut pasal
poligami , nak kahwin lagi satu , mampu . Mula dari iklan tuh , aku macam ,
macam best . At least , out of common genre khenss.
Aku bagi CPA 4.5/5 


. Bagi aku , cerita ni ada
pengisian . CPA ada pengajaran yang tersendiri pasal poligami . CPA ada pengajaran bagi hubungan
perkahwinan yang dah menjangkau 10 tahun . Aku yang belum kahwin pun rasa CPA
penuh pengajaran , apatah lagi orang dah kahwin kan.




Mudah bagi lelaki cakap nak poligami , hanya kerana diorang
mampu . Ya , mampu . Mampu , dari sudut apa ? Zahir saja ke ? Batin ? Batin
bukan sekadar seks sahaja , batin adalah perhatian , kasih sayang , keutamaan .
Mampu ke awak bahagi kasih sayang seadil adilnya , apabila sudah berpoligami ?
Aku pernah tengok Tanak Kubur pasal beristeri dua , kau tak adil sikit je ,
azab beb , azab . Ko bagi sini , Habib Jewels
, ko bagi sana Pandora. Adil tak..
Mudah jugak bagi wanita yang ingin jadi isteri kedua cakap .
Sebab kau sayang , kau kata kau sanggup.Mudah , bila kau rasa hubungan pasangan
kau dgn isteri dia bermasalah . Jadi , kau rasa kau patut rawat hati pasangan kau
, sbb dia tak bahagia . Kau yakin ke dia tak bahagia , sbb dia tak berusaha ?
Cakap mmg senang , nak jadi isteri kedua , aku sanggup . Tau tak efek dia
isteri kedua ni ? Isteri kedua kena banyak beralah
............................. dan makan hati.
Aku suka part ayah Dewi tu bash sape nama Aaron dalam tuh eh
. Apa entah . Aku suka part tuh , aku suka ayat ayah dia . Aaron cakap dia
yakin Dewi mampu bimbing dia . Ayah Dewi cakap , tugas membimbing tu , tugas
siapa ? Bukan tugas Dewi. Lepas tu dia persoalkan , Aaron pernah imamkan solat
keluarga tak ? Aku suka bahagian sini . Babak ni tunjukkan , oh sebab ko mampu
, ko nak kahwin lagi satu , sehingga sanggup nak ceraikan isteri pertama ?
Kalau kau mampu buat isteri pertama kau , no wonder kau akan buat isteri kedua
kau nanti dgn ALASAN YANG SAMA.
Lepas tu yang mcm wow , omg , boleh si Aaron tuh cakap dgn
Saleha , abang nak kahwin lagi satu , sbb abang tak ada rasa sayang kat awak .
Aku lupa diaorang bahasakan diri apa lah , tapi ayat tu lebih kurang mcm ni lah
. Sebab tak sayang , so nak kahwin lagi satu . Boleh je kahwin lagi satu , tapi
alasan tu , alasan tu , huh ! Maghahhh saya . BOLEH JAGA HATI ISTERI TAK ???!!!
Emosi mak .
Lagi satu babak yang aku suka yang menunjukkan mungkin sang
suami dah bosan . Isteri buat minum untuk diri sendiri je , langsung tak pelawa
suami . Tu aku mcm , oh agaknya sebab ni lah . Ko abaikan keperluan batin ( tu
kategori batinlah ) laki ko , mana laki ko tak cari lain .. dia bosan .
Buktinya , bila Saleha bagi syarat sebelum bercerai tuh , boleh je kan diorang
enhance kasih sayang diorang balik kan ?
Sebenarnya , aku ada je banyak benda nak cakap . Tapi mcm
tanaklah cakap lebih lebih , sat lagi kena kat batang hidung sendiri , baru ko
tau langit tinggi rendah . HAHAHAH , ok bye :D. Movie ni boleh beli kat Astro First .
p/s : semua komen saya berdasarkan movie ni ya , hehe . tak
ada tambahan unsur lain

2 comments:
last-last ending macam mana? hihi Nanti nk layan jgklaah CPA ni. Thanks atas review ni tau *thumbs up
http://anies-msletoes.blogspot.com/
last last ending , aaron tak jadi cerai hehe , nice one ! :D
Post a Comment