Saturday, February 20, 2016

A baby negotiator dan dropshipper !

Assalammualaikum . 

Hai korang . Dalam menongkah arus perjuangan kehidupan yg semakin mencabar ini , aku telah membuka satu lagi ruang dalam diri aku untuk mencuba benda baru dan pengalaman yang baru .

Aku tak taulah perangai tak boleh duduk diam aku ni datang dr siapa , mak ayah aku helok je kerja makan gaji, anak dia ni bukan main. Kejap kerja sana, kerja sini, buat itu ini . Entahlah , maybe aku suka explore benda baru , cuba benda baru . 

Sekarang ni aku tengah cuba bidang dan industry yang lain . Bagi aku  , masa umur kita muda remaja masih belum kahwin ni lah , kita berpeluang try semua benda . Nanti dah kahwin , buatnya laki ko jenis awak duk rumah je , tak ke mcm tak best ? Mmglah best , tapi pengalaman tu penting babe . Aku suka kerja , aku suka belajar , aku suka explore.

Jadi sekarang ni aku dalam industry hartanah dan dropshipper. Kenapa aku pilih dua industry ini ? Aku jadi negotiator dulu, sebelum buat dropship . Aku jadi negotiator sebab waktu nya yang fleksible . Aku student , aku tak boleh nak commit kerja ada hours . Aku penat , aku letih . Kang jap lg , mana assignment aku, mana exam aku , mana aku ?! Lepas kerja KFC hari tuh , aku dah cakap kat diri aku , jgn buat F&B lagi . Dia punya letih, ya tohannnnnnnnn .

Sebab tuh aku jadi negotiator , ada appointment , aku entertain . Ada booking, aku pergi office . Kemudian , post kat FB . Selit selit dalam post surat khabar , HAHAHAHA . Lepas tuh orang whatsapp , aku jawab . Waktu yang aku bagi untuk kerja aku senang dan mudah , tapi bila aku aggresive promote , agak busy jugak lah :')

Kemudian , sekarang aku cuba jadi dropship untuk produk kecantikan , Perlaking pulak . Before ni aku pernah apply nak jadi dropship Bella Ammara, tak dapat jawapan . Takpe , tak dapat kita cuba benda lain pulak . Lagi pulak jadi dropship mudah , amek order dan promote . Tu jeee . Aku hanya nak amek pengalaman jadi perunding hartanah , dropshipper. Untung rugi belakang kira , aku tak berapa nak kisah sangat .

Pengalaman tu yang penting . Jujur aku cakap , aku pernah invest Cosway RM5K dgn janji untuk buka kedai Cosway . Aku tak dapat . Aku sedih sbb modal tu semua duit parents aku . Aku kesian kat diorang , penat kumpul duit . Sekali kena tipu . Bukan kena tipu dgn Cosway , dengan upline . Aku tak bodoh , aku tau aku kena tipu . Tapi itulah , tak ada rezeki . 

Selama ni aku tak pernah cakap dgn orang kisah Cosway aku , sbb aku malu . Tapi sekarang nak malu apa ? Aku dah usaha , aku dah doa , Allah kata tu bukan untuk aku . Jadi aku redha , itu ujian Allah . Kita cuba benda lain pulak. Takdir Allah itu indah , dia dah susun elok untuk kita . Kita jalan jeee.  Yang penting , sentiasa berusaha , berdoa dan bertawakal . Allah tahu hati hamba hambaNya.

Jadi awak awak semua , jangan pernah berhenti berusaha dan terus berusaha , sebab Allah ada untuk orang yang letakkan Dia yang pertama dalam setiap tingkah laku . Dahulukan Allah , dahulu kan solat , niatkan kat hati , apa yang aku buat ini untuk Allah , supaya Allah ringankan mummy abah dalam menanggung aku . Amin :')

Nanti saya update pasal kelebihan Perlaking , sebab pembaca blog saya kebanyakannya remaja , jadi sesuailah klu up post kat sini . Untuk yang ingin survey projek perumahan bawah RM600K, boleh direct whatsapp saya , atau pm saya di FB . Klik gambar di bawah untuk page property project dan Perlaking ! 

Have a blast !  




No comments: