Wednesday, March 9, 2016

Resipi : Tom Yam Bujang

Assalammualaikum
HAHHA , aku ni tak reti nak schedule post . Sekali aku tulis , post waktu tu jugak . Tak menyaborrrr .. dia bila ada idea, aha mencurah curah bagai kan sakti. Bila tak ada idea 3-4 bulan lah terbiar sepi uhmm.

Resipi Tom Yam ni aku belajar dr Azie Kitchen . Aku belajar masak mostly dr blog dia , suka baca resipi macak macak ni , hihi . Aku suka makanan kelantan , sedap . Pemilik Azie Kitchen ni pulak dr Kelantan , ehm molek sangatlah .

Resipi tom yam ni aku buat utk menu diet aku , tak ada minyak , dia mcm sup tapi dia lebih rasa. Sekarang tak payah gi kedai thai , kita masak sendiri terrus okk . Resipi ni utk seorang , kira macam tom yam bujang lah . Haaa snang

Resipi : Tom Yam ( utk seorang )


Bahan bahan
  • Ayam ( ikutlah berapa nk )
  • Serai ( sebatang je , nak bahagian bawah je ) -pecahkan *
  • Bawang putih ( 3/4 biji ) - pecahkan *
  • Bawang merah ( 1/2 biji ) - potong 4 *
  • Halia ( dlm 1 inch ) - pecahkan * 
  • Lengkuas ( dlm 1 inch ) - pecahkan *
  • Daun limau ( 5-6 helai ) - *
  • Limau purut ( Sebiji atau lebih , saya suka masam masam ) - potong dn perah
  • Garam , ajinomoto
  • Paste instant tom yam thai

Aku pakai paste tom yam dua brand ni je , ungu tu sedap lg dr biru ni . Dulu pakai warna biru, saja nak tukar rasa, beli warna ungu. Eh sedap pulak hahahah

Maksud pecahkan tuh , korang tumbuk lah dgn lesung . Asalkan dia pecah pecah , aku suka pecahkan dr hiris . Baru ada rasa 

Cara memasak 
  • Rebus ayam dulu , sampai keluar air . Kalau boleh biar ayam tu kecut , jd kita secure ayam tu masak . Hihi 
  • Lepas tuh tuang air , setengah periuk ( air tu selalunya aku pakai air basuhan beras yg ke-3 )
  • Biarkan ayam tu terebus dulu , biar lama lama sikit . Nanti ayam hanyir 
  • Agak agak dah boleh go , lepas tu minyak ayam dah keluar , masukkan bahan bahan bertanda * . Biarkan dulu , rebus lama lama. Aku mmg suka rebus lama lama , hihi
  • Lepas tuh masukkn paste tom yam , dlm dua sudu kecik . Aku tak brp particular sgt , agak agak tak merah lg, aku taruk lg . Bujang kn hahaha
  • Lepas tuh kacau kacau bg paste tuh hancur dan sekata . 
  • Dah tuh masuk air limau purut , kacau
  • Lepas tuh baru letak garam dan ajinomoto secukup rasa. 
  • Biar dia renih lama sikit , biar ayam tuh sedap sikit 
  • Ha , masukkan sayur yg korg suka . Tomato ke , cendawan ke . 
  • Dah habis renih , dan rasa dan puas hati . Angkat dan makan !
Ini hasil tengahari tadi , tadaaaaa . Aku masak ni lah selalunya , senang dan mudah .

Semoga bermanfaat , dan resipi ni saya belajar dr Azie Kitchen :)


No comments: