Sunday, May 15, 2016

NN Premium White vs PERLAKING

Assalammualaikum uolls .

Hari ni aku nak share pasal kolagen yg pernah aku makan dan bagi aku agak berkesan . Kenapa perubahan tak kekal ? Sebab aku makan sekejap , tapi perubahan dia sedap . Kiranyaa aku tak berubah betul betul, aku dh stop huhu.

Aku makan NN Premium White ni rasanyaaa dlm 4 ke 5 kotak , cara makan kolagen ni dua minggu pertama , kena minum setiap hari , lepas tu ko buat maintanence je , selang sehari je minum . Bagi aku kesan NN ni agak lambat , nak dkt sebulan baru nampak perubahan kot , itu pun baru memperbaiki kulit dan glowing . Told yaa , ada step tau utk perubahan perubahan kesan pengambilan suppliment . 

Kenapa tak makan lagi kalau bagus ? Ini soalan famous lah bila orang tanya awat tak makan lagi ... ha ha ha . Aku makan NN ni masa aku baru nak masuk study  , kiranya aku study bulan 6 , aku mula makan bulan 1 , mcm tuh . Masa berkerja no hal beli , bila dah study tu agak sakit , sbb mahal . So sempat 6 bulan je makan , oh kira lambat jugak lah NN ni . Sebab dia cantikkan kulit je , putihnyaaa dok . Hiks 
Kalau PERLAKING pulak , aku baru je makan . Dalam 2 bulan mcm tuh , aku baru nak masuk dua kotak . Hihi , itupun makan sbb awal awalnya utk berniaga , tiba tiba eh best pulak PERLAKING ni . Aku masa tu tengah cari cari duit tepi , saja buat duit belanja sikit sikit . Asalnya nk jd dropship je , sekali ehhhh terlekat pulak . Seronok niaga PERLAKING ni .


Kesan PERLAKING dekat aku pun agak lambat :') . Walaubagaimana pun , nampak perbezaan selepas hampir 2 bulan . Alhamdulillah , mungkin badan aku mmg penuh toksik thats y lambat nau nak jadi . Aku malas nak up gambar testi aku kat sini, korang blh add aku atau like page business aku kat fb eh . Tons of them . 

So hari ni aku nak bandingkan NN Premium White dgn PERLAKING . 



Jenis kolagen . 

Dua dua sama dr kolagen marin , yg membezakan adalah NN dr ikan tuna , manakala PERLAKING dr ikan salmon. Thats y masa aku nk cuba PK , aku yakin PK elok , sbb NN dr kolagen marin jugak .

Dos kolagen . 

NN mempunyai 5500mg kolagen tuna , manakalah PK mempunyai 1, 000, 000 mg serbuk mutiara asli . Okay bahan yg berlainan ya , tp inilah kandungan yg di highlight kan utk kedua dua produk .

Kandungan setiap hidangan 

NN ada 50ml setiap botol manakala , PK ada 3gm per sachet . Dos setiap hidangan jgk membezakan kesan dan perubahan akan datang . Cara maintanence NN lain , cara makan PK pun lain . Ini semua faktor faktor ya . 

Utk kedua kedua produk ini, dua dua tidak menggemukkan dan banyak khasiat tersendiri , kalau NN pakai ceramide , PK pakai serbuk mutiara asli . Berbeza jd kesannya pun berbeza tau . Dr segi harga NN agak mahal dr PK , yelah 3 kotak boleh tahan dalam 3-4 bulan , kalau PK , 1 kotak sebulan . NN dalam RM200 utk 3 kotak , kalau PK , harga dia RM120 . 

Yg bestnya makan PK ni , ko togaklah kafein hari hari , everything will be fine . Cuma lambat sikitlah , tapi dia berkerjaa je . Hehe , satu tips klu jenis yg kuat minum kafein ni , pastikan ko dah larutkan kolagen dlm badan sblm minum kafein . 

Contoh , pagi ko amek 1 sachet suppliment , minum dulu dlm 1 botol air mineral , larutkan habis habis , baru boleh enjoy minum starbucks . Heheh . 

Okay ni je sharing aku psl kolagen , thanks fr reading xoxo



No comments: