Saturday, June 4, 2016

Homemade wet food untuk si bulus


Assalammualaikum uolls . Hari ni nak share menu dan cara cara membuat homemade wetfood untuk si bulus . Hee . Actually aku rasa resipi wetfood ni dah viral kan kat fb ? Aku up entry in case satu hari nanti aku lupa , boleh lah baca entry sendiri :’)

At first aku rasa was was jugak nengokk hasil resipi ni sebab dia cayaqqq sangat . Tapi aku tabahkan diri jugak , sbb aku kesian dkt Oreo . Oreo ni ada resdung , vet yang cakap , berapa kali pun bawak dia gi klinik, selsema dia mesti datang balik . Kesian kat dia, kadang kadang famili aku pun tak nak pegang sebab geli ): . Aku dgn abah je rajin belai dia .

Oreo ni dia infection sebab aku lepaskan dia keluar, dia balik waktu dia nak makan je , dulu klu nk tidur dia balik jugak , skrg makan je . Serupa hotel lima bintang -___- . Sejak dia kawan dgn ada sekor kucing parsi ni dia start selsema je manjang . Aku sampai kadang kadang nak kurung je dia , haaa senang hati aku . Yelah kesian kan dia asik sakit .

Sekarang ni pun dia selsema , resdung je manjang . Tu lah kawan dgn betina entah mana mana , asik sakit je . So last resort aku , aku pakaikan rantai pink , HAHAHAH . Supaya keyakinan dia berkurang dlm geng dia , hehe . Dan boleh tahan menjadi jugak lah , since pakai rantai pink, dia dah rajin sikit balik rumah . Hehe .

HAAAAA , awas tau !

Walaupun wetfood ni bau busuk sbb ada bayam , dan mcm lendir sikit , tapi Oreo makan ya Allah , licin beb , licin . First day makan , sampai 6 sudu . Banyak tau . Sebab tu aku rasa mcm bagus je bagi wetfood ni , sbb dia mengekor aku je nk makan walaupun setengah jam yg lepas aku baru je letak dua sudu :’) Tapi maaflah klu tak ada gambar sbb aku malas sikit nak tangkap gambar waktu masak memasak ni .

Resipi : Homemade Wetfood untuk si bulus ( LESS THAN RM10 )
Bahan bahan :
  • Ikan sardin atau seangkatan ( aku beli dlm 400 - 500 gram je )
  • Lobak merah ( sebatang )
  • Bayam ( satu dua cekak dh okay )
  • Agar agar ( sebungkus )




Agar agar yg ni tau . Kang jap lagi korang gi letak agar agat kuih lapis pulak . AHAHA


Cara membuat :
i. Cuci bersih ikan tuh , lepas tu rebus .

ii. Dah siap rebus , sejukkan ikan ikan tuh . Aku buang kepala je , yang lain lain aku malas hahah

iii. Siang bayam dan lobak .

iv. Blend kan air + ikan rebus + lobak + bayam

v. Dah siap blend , rebuskan balik bahan iv.

vi. Masukkan agar agar , kacau sampai agar agar hilang .

vii. Sejukkan sebelum masuk dalam peti ais.







At first korang akan rasa lembik gila wetfood ni. Aku pun rasa mcm tu awal awal , sampai aku rasa hmm tak jadi lah ni . Tapi bila wetfood tu dah sejuk dalam peti, oh keras rupanyaaaa . So korang kena hancur hancurkan wetfood ni , baru boleh hidangkan kat si bulus . Nampak mcm sedapp bila tgk oreo makan hehe.Boleh masa aku perati dia makan tuh , dia tarik makanan dia ke tengah sbb susah nak amek . Hahaha , bagi aku mcm kelakarnyaa . Dan paling aku rasa dia suka sgt makanan tuh , aku keluar bilik air , dia terloncat loncat nampak aku , lepas tu mengekor aku . Oh rupanyaaa nak makan . HAHAHA , so fanneh . So fascinating ! 

Oreo ni kucing biasa je , aku kutip dia depan 7E , dia lain sikit dr meowmeow . Meowmeow kucing yg sombong , oreo ni manja sikit . Nak melekat je kejee dia . Tapi aku malas nak layan sangat . Ok tu je nak share , aku buat pakai menu kat atas , boleh lah dapat stok wetfood utk seminggu , kalau selera dia mcm biasalah , kalau selera tiba tiba berubahh , kena masak baliklah . Untukmu Oreo . HAHAHA

Thanks for reading xoxo


1 comment:

Wanderhoney said...

Hye! thanks for sharing. Boleh buat dekat kucing i. :) feel free to visit my blog wanderhoney.com