Thursday, June 2, 2016

Kisah saiz kasut yang besar.

Assalammualaikum . Entry kali ni berbunyi personal sikit naaa. 


Masa aku kecik kecik sampai ke awal remaja , aku selalu stress . Aku selalu mengamuk, aku rasa dunia ni tak adil . Sebab setiap kali aku pergi kedai baju ke , kedai kasut ke , mesti tak ada saiz aku . Masa zaman remaja dulu , kan ada satu trend , pakai mcm princess , pakai cute cute , tapi aku tak blh nak pakai mcm tuh . Pergi kedai je mesti tak ada saiz . Sedih weh . 

Aku ingat lagi sejak aku form 2 ke aku form 3 , aku tak pernah pasang harapan yg tinggi kalau nak beli baju raya . Aku akan sentiasa dapat baju yang tak lawa , yg tak kena dgn umur aku . Untuk baju casual lah , klu baju raya kan tempah , so itu aku okay je . Sampai satu tahap , kalau masuk kedai kasut , aku bukan tanya harga dulu, aku akan tanya , saiz paling besar saiz apa ya ?

Orang senang cakap , try je dulu . Pakai je dulu , tapi yg kecewa aku . Aku tau rasa kecewa tak dapat kasut yg aku nak , saiz kaki bukan badan yg boleh di diet kan . Sebab aku pernah menangis dekat kedai kasut sbb kenapa diorang tak buat saiz aku , sebab kaki aku besar , sangat besar , dia panjang dan lebar . Kecewa dia Tuhan je tau . So sejak aku asik kecewa , aku akan pakai apa yg ada je . 

Pernah sekali aku pakai kasut yg mcm apa je , selekeh sangat kasut tuh . Tapi nak buat mcm mana , kasut tu je ada saiz aku :( Orang tak faham weh , orang ingat aku saja je cakap kasut tu tak ada saiz , kasut ni tak muat . Sebab aku tak nak rasa kecewa , dah minat kasut tuh , tiba tiba tak ada saiz . Sakitnya tuh disini tau . 

Trend jenis kasut bertukar ganti, tapi aku still dgn kasut sandal , sneakers atau paling koman pun kasut kat Bata . Orang lain pakai wedges , pakai heels , aku tak boleh weh . Aku minat kasut kat Jelly Bunny , tapi tak ada saiz . Kalau ada saiz aku pun , mostly kasut yang RM100++ . Dulu tak berduit sgt , so nak pergi beli kasut tu kena fikir banyak banyak kali . 

Bila aku mengadu kat orang , orang akan cakap adalah kasut murah saiz kau , ada ada . Sampai kengkadang aku ni kena buktikan kat orang , mmg tak ada saiz aku kat kedai biasa biasa . Faham kecewa aku ? Mak ayah dulu bkn org senang , pergi kedai murah murah je , mana ada saiz aku . Orang tak faham , orang tak nak faham :(

Tapi sekarang Allah dah murahkan rezeki aku . Aku mula rasa happy nya masuk kedai utk shopping . Dulu aku selalu kecewa, aku rasa its not for me . Tengok saiz pun aku dah tau , ehhmm tak ada saiz aku tuh . Sekarang , alhamdulillah . Aku blh pakai wedges , ( latest achievement ) , heels belum lagi , sbb takut patah pulak heels tuh . HAHAHAH 

Umur aku dah 23 , baru aku dapat rasa rezeki pakai barang lawa lawa weh . Dulu hidup aku penuh kekecewaan , sampai skrg aku rasa malas nak kuruskan badan, sbb aku rasa badan aku dah elok dah , bagi aku lah . Kenapa aku nak kuruskan badan utk pandangan org lain kan ? Aku dah boleh pakai baju yang aku nak , tak ketat, dah elok . So aku dah happy :D


Thanks for reading and ini muka happy saya . xoxo



1 comment:

Natalie Lynn said...

i pun kaki gajah jugak.. i beli kasut kat insta page @domesticplussize
design kasut dia smua elok elok