Tuesday, June 21, 2016

TIPS : CARA JAGA RAMBUT .

Assalammualaikum uolls . 

Hari ini terpanggil aku nak share dgn korang pasal tips penjagaan rambut . Bukan nak cakap rambut aku cantik , tapi cukup sekadar bila org tak penah tengok , wah cantiknya rambut . Haa gittew . Tak mo cakap lebih lebih , kang terdedah aurat saya . Cumanya aku nak share dgn korang cara cara dan tips penjagaan rambut. 

p/s : any image dlm post ini bukan image saya ya , saya just take something related dan fine . Aku cuba untuk taip entry ini tapi melibatkan proses ilusi utk korang , and kalau aku menulis dan buat korang tak selesa , dan rasa mendedahkan aurat , pls comment below !

hair, beauty, and hairstyle image

Rambut aku kategori sihat , rambut yg elok , tak ada masalah kelemumur ke , rambut gugur ke berminyak ke apa ke . Alhamdulillah , mungkin sebab aku sangat jaga rambut dr kecik . Hehe. So here we go, tips tips untuk mendapatkan rambut menawan tanpa ke saloon oh yeahh .

1.  Santan

 Dulu arwah nenek aku rajin santan kan rambut aku seminggu sekali , masa kecik kecik dulu . Dah besar takdooo buat semua tu .  So korang yg nak kembalikan kesihatan rambut korang , boleh lah guna santan .  Orang India yg rajin guna santan untuk rawat rambut , sbb rambut diorg panjang kan . Kalau tanya aku , aku tak tau sangat , mcm mana nak pakai santan . Hikhik , tapi korang boleh rujuk >> SINI <<

2. Shampoo , conditioner & serum

Okayy , aku cuci rambut selang sehari . Dulu masa aku muda muda , aku rajin jugak jaga rambut . Rajin aku maksudnya , aku pakai mask lah , pakai moisturizer rambut lah , segala adik beradik untuk rambut klu boleh nak pakai , pakai . Tp laahh ni , aku pakaii shampoo dgn cond je , skrg ni aku pakai shampoo dgn serum rambut je . Hehe. 

Aku pakai shampoo dgn cond dr form 1 sampai lah awal tahun ni , bila aku tukar Tresemme , aku pakai shampoo je , sbb Tresemme mahal sangat . So pakai shampoo + serum rambut . Aku pernah cerita kan , aku pakai serum rambut yg wangi ya amat tuh . Haaa baca entry ni >> SINI <<. Lupa pula nak gtau aku pakai shampoo apa , ahhah . Korang kalau nak rambut cantik , pakai lah shampoo Sunsilk . Aku pakai Sunsilk pink & kuning . 


Aku  pakai warna pink tu lama , dr form 1 sampai lower 6 kalau tak silap aku , sebabnya aku start pakai kuning ni masa upper six. Kuning ni baru masa tuh , lepas tuh dia punya function lebih kurang warna pink , mmg dkt aku best lah effect dia . Tak taulah orang lain , sbb ada org cakap dkt diorg tak ada kesan, entahlah :( 

Oh yaa , skrg ni aku pakai Tresemme, dan alhamdulillah rambut aku dah kembali pulih , spt zaman remaja iolls . HAHAA , aku ada mengalami fasa rambut rosak jugak , sbb asyik tukar shampoo , dan ada certain shampoo yg kasarkan rambut aku , I feel not me tau . Sedih , tapi sejak pakai Tresemme + serum rambut Lucido-L , dah okay dah ! Yeayyy .


3. Seminggu berapa kali Kak Nurul cuci rambut ehhhh ?

Rutin ni dr aku awal remaja lagi aku amalkan , dan sebenarnya duration ni bg aku elok jugak . Rambut jarang rasa gatal , berminyak dan lain lain. Aku cuci rambut selalunya selang sehari, contoh hari ni cuci , lusa baru cuci lagi . Korang kena jaga kulit kelapa supaya tak berminyak dan scalpy dan berbauu ! 

4. Selain shampoo & cond , Kak Nurul pakai apa lagi ?

Aku pakai serum rambut Lucido-L. Bila pakai serum ni , korang akan rasa rambut korang lebih bervolume dan lembut , dan dia menguatkan rambut korang . 


5. Kak Nurul ada buat treatment kat saloon ke ?

Last treatment kat saloon akak entahlah 2-3 tahun lepas kot ? Tak perlu sebenarnya kalau korang reti jaga rambut , dan bagi treatment boekk punya . Kalau tak nak buat treatment kat saloon, korang boleh je perap santan dekat rambut , dan actually aku tak berapa ingat mcm mana mak aku perap santan kat rambut hehe, so I google . 


Bagi aku agak penting jaga rambut , lagi lagi sebab kita bertudung . Aku jaga rambut sbb aku tak nak kepam kalau aku pakai tudung , aku tak suka bau tu . So kita sebagai perempuan , kena lah jaga kebersihan diri , jangan sampai org ckp , dah lah tak cantik , busuk pulak tu . Ha tak mo lah , jadilah wanita yg bersih :)

Rambut kan mahkota seorang wanita, so pls take care of it . Ok byeeeee , hope helps! 

Thanks fr reading , xoxo

No comments: