Wednesday, June 22, 2016

[[ TUTORIAL ]] Tukar ringtones iphone kpd lagu joget .

Assalammualaikum uolls ! 

Hari ni aku nak share dgn korang yeayy haha , cara tukar ringtones iphone kepada lagu biasa . Iphone ni sendu tau , mahal mahal lagu tettt tutt trett je ada . Huh tweak sikit pls . Senang je sebenarnya tukar ringtone iphone ni , cumanya korang kena sabar sikit lah klu first user . 

BAHAGIAN BUAT RINGTONES

1. Download itunes - Boleh download dkt >> SINI <<

Install dulu apa yg patut , dah siap install kan ? Okay biarlah dulu itunes tuh . 

2. Bukak web - mp3cut.net


First of all korang tekan no 1 tuh , Open File . Lepas tu carilah lagu apa yg korang nak , lepas tu open .


Okay lepas tuh dah upload kan , korang adjust lah duration lagu korang . Dah siap , jangan lupa klik yang no 1 - IPHONE RINGTONE tuh , lepas tuh baru CUT .


Lepas tu download dan save !

BAHAGIAN MASUKKAN RINGTONES DLM IPHONE. 

Part yg ini korang kena hati hati sikit sebelum tekan apa apa , baca betul betul . Silap hari bulan semua hilang . Okay , lets cekidaut !


Okay first korang cucuk dulu iphone dengan komputer , aku pakai laptop biasa je , tak pakai MacBook . Lepas tu bukak itunes , dah bukak itunes ikut step kat atas ni , dah tekan tones kan ? Ok .


Dah tekan tones , bukak folder yg korang simpan ringtones tadi . Kemudian drag kan file tu ke bahagian "TONES" tadi . In case korang tak tau apa itu drag , drag = tarik. So korang tarik je file tadi ke bahagian "TONES".


Bila dah drag , dia akan wujud dkt bahagian "TONES" tadi . Bila dah ada , korang tekan logo iphone kat atas tuh. Back to home itunes korang .

Itunes ni ada dua part ya anak anak , satu setting , satu on device . On device tuh maksudnya apa yg ada dalam handphone kita , first of all korang tekan "TONES" kat bahagian "SETTING", lepas tu checked "SYNC TONES" & "ALL TONES" , lepas tu tekan "SYNC" kat bawah tuh. So proses menyelaraskan tones dalam itunes dan iphone pun bermula .


Bila dia dah start "SYNC" , label kat kat atas tu akan jadi "SYNCING", tunggu sekejap sampai proses selesai. Kalau dah tak ada word sync tuh, dah siap lah tuh .


Untuk make sure kan tones tu dah masuk iphone , korang tengok bahagian "TONES" dkt bawah "ON MY DEVICE" , kan dah ada tuh ? Kalau nak senang , check je kat handphone korang , dah masuk ke belum kan ? Ringtones ni boleh set untuk ringtones dan text tones jeee . 

Okay hope helps and thanks for reading yaww.

No comments: