Tuesday, September 6, 2016

Keperluan asas menjaga kesihatan

Assalammualaikum uolls . 

with coffee and I'm writing



Bertemu kembali kita dalam segmen beauty and the beast , ewah . Bukan main . Ko ingat ko sapeee ? Cik Epal ? Tak kisahlah , siapa pun saya , janji hari ni saya nak share keperluan asas kalau nak jaga kesihatan . Highlightkan sikit jaga kesihatan , bukan nak kurus , bukan nak lawa , hari ni topik nya adalah jaga kesihatan . 

Kadang kadang kalau kita duduk jauh dari famili , kita tends to makan apa ada, dan tak begitu menitikberatkan kesihatan , bagi yang dr keluarga biasa biasa . Ya saya , dr keluarga biasa biasa je , seminggu abah mmy bg RM100 je, tak mewah , tak miskin, biasa je . 

Walaupun kita kadang2 tak berwang , atau kita dok fikir duit belanja ni tak boleh joli, itu bukan alasan untuk tidak jaga kesihatan. Jaga lah amanah Allah , Allah bg kita satu tubuh badan, satu sistem dalam tubuh , kita jaga untuk Allah . Nanti pulangkan kat Dia balik pun dalam keadaan elok . 

Apa yang dimaksudkan dengan jaga kesihatan ? Jaga kesihatan bg saya basically adalah meningkat metabolisma. Bila kita cuba tingkatkan metabolisma, insyaallah tubuh badan kita terhindar dr sebarang penyakit sebab toksin sering di cerna dan dibuang . 

Apa itu metabolisma tinggi ? Kadar metabolisme adalah kadar dimana badan kita membakar kalori. Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah. Walaupun sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak semestinya kadar pembakaran sama. [ CREDIT ]

Dalam bahasa ringkas saya yg study psl kuruskan badan bertahun tahun ni adalah , semakin banyak anda yak yak, semakin tinggilah metabolisma anda . Yak yak ni akan nyahkan toksin dalam badan kita . Toksin ni yg sebenarnya menyekat nutrisi untuk diserap ke dalam badan . Kalau yang dah berkerja , mungkin diorang boleh beli supplimen utk boost metabolisma, contohnya fat burner . 

Tapi untuk kita yg masih study ?  Nahh , disitulah point saya untuk hari ini . Wehuuu . Kiranya tips yang saya berikan adalah khas untuk pelajar yang ingin menjaga kesihatan . Not so free cost basic need, but tak mahal sangat pun nk jaga kesihatan . 

Apa yg diperlukan untuk jaga kesihatan ? 

PERTAMA. Air mineral atau air suling . Ini paling penting , dan paling basic . Nurul rasa antara faktor muka nurul hilang jerawat adalah sebab minum air masak setiap hari . Setiap hari at least 2l mesti settle . Tak tau mcm mana nak mula minum air masak ? ------------>>> [ BACA SINI ]. Seminggu aku selalu spend dalam RM5 untuk refill air tong yang 8.5 ltr , dan satu hari at least 3 ltr aku minum. Kalau malas 2ltr lah , 2ltr hanya terjadi bila air tong aku nak habis , dan aku malas nk refill -_-

Korang kena try and error jugak eh , sbb tak semua yang okay kat aku , okay kat korang . 

KEDUA. Green tea atau teh hijau . Green tea fav aku Ahmad Green Tea, blh didapati di pasaraya terdekat dgn harga RM18 kot untuk 100 bags . Kalau korang tak ada bajet , amek Boh atau Lipton pun okay . Tak semua juga green tea best kat aku, Dilmah mcm tak ada benda je bila aku minum . Green tea sangat tinggi benefit dia , kalau kat aku , green tea semata mata biasa biasa je , tak adalah aku asik yak yak . Tapi kalau tambahhh .............

Image result for ahmad green tea

KETIGA . Chia seed . Haa kalau tambah chia seed, pedapowwww aku rasa . Chia seed ni pun bagus untuk meningkat metabolisma badan occay . Bila ko selalu follow akaun psl fitness, diorang banyak mention psl chia seed . Benefit dia antaranya tingkat metabolisma badan lah apa laie . HAHAHA , blh didapati dgn harga sekuran kurangnya RM15 , mengikut brand . Aku sll makan Love Earth Organic Chia Seed . 

Image result for chia seed love earth

KEEMPAT . Minum air masak sebaik saja bangun tidur , percaya lah . Kul 10 jap lagi ko mesti yak yak . Ini antara basic tips oleh fitness junkie . Dulu aku tak amalkan pun, bila aku mula amalkan . Ya Allah , kenapa aku tk start dr awal ? Ha gittew 

Lagi apa eh ? Hmmm keperluan asas kan ? Maka ini sahajalah bagi aku keperluan asas untuk jaga kesihatan . Setiap hari minum green tea , at least 2 tea bag, letak satu sudu penuh chia seed dan jangan lupa habiskan air mineral setiap hari . Sikit sikit lama lama jadi bukit . Jangan risau , lama lama ko sendiri tak biasa kalau tak minum air putih . 

So bila di tambah tolak adalah kos korang utk sebulan utk bahan bahan asas ni setakat RM60 mcm tuh . Oke lah tu , untuk sebulan . Cuba lah weh , walaupun ko tak bersenam ( bkn aku galakkan ) , tp at least ko jaga kesihatan . Nak jaga kesihatan tak ? 

Btw korang , kawan nurul ada bukak online shop and she's selling makeup , makeup . Ada tak nurul gtau nurul dah pandai makeup makeup skrg ? Hihi , so beb why not korang show some love by following her insta , she's closing preorder soon !

2 comments:

anys nadhilah said...

chia seed ni mana nak beli ya hidayah ? boleh suggest sikit tak . yang online kee

Nurul Hidayah said...

Hai anyss . Awak boleh beli kat tesco , giant , aeon wellness or cosway . tu je lah tempat nurul sll beli :D