Sunday, October 16, 2016

Hobi masa kecik kecik .

Assalammualaikum uolls . 

Perbualan pun dah macam assignment ok . 


Bila aku dok leka bt assignment ni , aku baru perasan aku pernah ada hobi . Dulu masa kecik kecik , aku suka baca novel , aku ingat lg novel pertama yg aku baca adalah Tak Seindah Mimpi , Sharifah Abu Salem . Masa tu kalau dah baca novel tebal tebal, kira big achivement lah tuh , lagi lagi masa tu aku mula baca dr darjah tiga ,so seawal darjah tiga , penulisan aku da de bomb ( iklan ). 

Lepas tu kalau hang dapat habis satu novel satu hari , kira power lah tuh . Semua org yg suka baca novel mesti ada satu habit , aku mesti habiskan novel ni hr ni jgk . Aku dulu pun gitu , tak taulah itu agaknya personal achievement lah . Siapa tau dulu ada novel penyiasat, Siri Hadi , Siri Salma ? Dia ada dalam 40 siri kot, aku mesti pinjam satu hr satu novel kat library , setiap hari mesti habiskan satu . Masa tu kononnya untuk isi buku nilam yg aku pun tak tau untuk apa ia diwujudkan -....-

Bila hari hari kau baca novel , kau akan ada satu habit suka imaginasi , bila ko suka imaginasi, makanya kau ada impian untuk menjadi penulis novel ! Haaaa,  i got you . Mostly member member aku yg suka baca novel , mesti akan letak cita cita diorg kat buku biodata , Cita cita : Penulis Novel . Haa , buku biodata tu pun aku tak tau apa function dia wujud . Aku ada 2-3 buku biodata jgk dulu , bukan main ye klu org mintak tulis biodata . Siap bawak balik rumah kau , siap ada bakar bakar kat tepi tuh , ha klu ada ruang untuk BFF , confirm confirm ya owner buku biodata akan terselit , pdhl dok pun kan . DUSTA

Kemudian kan , masa aku suka berimaginasi , lepas tu satu hari satu novel tuh , aku mula mencipta cita cita aku . Aku nak jadi penulis novel , gigih weh menaip hari hari . Tapi jujurlah , tebal jugaklah masa tu aku dah tulis . Aku pinjam laptop kakak kakak aku , kiranya aku ada dua manuscript yang tergantung yg skrg aku tak tau di manaaa , bila menulis assignment ni yg hampir 40 pages ni , buat aku fikir aku pernah ada manuskrip yg pages nya lebih kurang , dengan bayangan , sedap klu print ni , tebal beb ! 

Tapi aku dah start tak minat baca novel bila genre semua hampir sama . Aku tak suka benda unrealistic yang di realistic kan . Contoh, kahwin paksa tu tak realistic , tapi direalistic kan . Konon mcm benda tu normal dlm kehidupan seharian , dan aku pun tak berapa suka cerita Tanah Kubur . Yes, it gives apa eh nk ckp , ya mmg betul Tanah Kubur tu bg pengajaran . Tp aku tak suka bila setiap ep terjadi benda benda yg mcm not real . Some is , some not . 

Kalau mcm cerita Harry Potter ke , Narnia ke , kita tau benda tu tak real , so let it be tak real . Aku blh layan cerita mcm tuh . Bg aku geli bila ko realistik kan cerita yg tk realistik, sejujurnya weh brp kerat je lah cerita kahwin paksa dan anak ko tak suka mewarisi harta kekayaan ? Berapa kerat je beb . Tp aku suka Suri Hati Mr Pilot sbb Fattah Amin ok , dan i fattah hati bila bukan main mesra si Lopa dgn Fattah Amin . Ai is sedih :(

Ok bye . Nak tidoq

No comments: